03-03: Sejarah Sekolah

 
3.3 Sejarah Sekolah
 
  • Sejarah sekolah perlu dipelajari supaya kita sentiasa menghargainya.
  • Setiap warga sekolah haruslah berbangga terhadap sekolah tempat mereka menimba ilmu.
 
Contoh Sejarah Sekolah
 

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad atau nama ringkasnya SK Sultan Ahmad, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Rompin Lama.

Sejarah Sekolah Sultan Ahmad Pekan, Pahang bermula pada bulan Januari 1926 dengan penubuhan Government English School, Pekan. Penubuhan sekolah ini adalah cetusan ilham KDYMM Sultan Abdullah Al-Mus’tasim Billah, Sultan Pahang ketika itu yang mahukan sebuah sekolah berbahasa penghantar Bahasa Inggeris ditubuhkan di Pekan. Pengasasan sekolah ini pada tahun 1926, bermula di sebuah bangunan kayu yang kecil  dengan kumpulan penuntut seramai 35 orang. Perkembangan pesat sekolah ini selepas Perang dunia Kedua menyaksikan peningkatan keperluan bilik darjah sehingga mendorong Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang III (1932-1974) memperkenankan penggunaan Istana Kuning di Pekan bagi menampung empat bilik darjahnya. Pada tahun 1938, nama sekolah ini telah ditukar kepada Ahmad School Pekan, mengambil sempena nama KDYMM Al Marhum Sultan Ahmad Al Mu’adzam Shah Sultan Pahang yang pertama. Berikutan pemisahan pentadbiran bahagian rendah dan menengahnya pada bulan Mei 1959, sekolah ini berpindah ke prmisnya yang baharu di Jalan Rompin Lama, Pekan yang siap pada tahun 1962. Encik Wong Bentong memulakan tugas sebagai Guru Besar pertama Sekolah Rendah Ahmad pada 11 Mei 1959. Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan pembukaan rasmi Sekolah Rendah Ahmad pada 30 Julai 1963. Seterusnya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad mulai tahun 1975. Satu blok bangunan Pentadbiran baru telah siap dibina pada tahun 2011 yang mengandungi kelas-kelas, pejabat, surau sekolah, dan beberapa buah bilik khas. Pada awal tahun 2018, SK Ahmad mempunyai 46 orang guru, 7 orang pekerja sokongan dan 662 orang murid.

 

Bandar Baru Bangi: Sekolah Rendah Ahmad Pekan, 1976