Kestabilan dan Kekuatan Objek dan Binaan

 
Terdapat pelbagai struktur yang kuat dan stabil di sekeliling manusia. Antara contoh yang dapat dilihat ialah Piramid di Mesir berbentuk piramid dan Iglu di kawasan kutub berbentuk hemisfera. Dalam bab ini, pelajar akan mengetahui lebih lanjut tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan objek dan binaan serta kepentingan binaan yang kuat dan stabil.
 
12.1  Kestabilan dan Kekuatan Objek dan Binaan
 
Struktur yang kuat dan stabil ialah struktur yang kukuh, teguh dan tidak mudah roboh atau tumbang apabila disentuh atau ditolak dengan perlahan.
 
Kestabilan Objek dan Binaan
     
  Keupayaan objek dan binaan untuk kekal atau kembali ke kedudukan asal objek dan binaan tersebut  
 
 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kestabilan Objek dan Binaan
     

Ketinggian objek

  • Semakin rendah objek, semakin stabil
 

Luas tapak

  • Semakin besar luas tapak, semakin stabil
 
Kekuatan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan bentuk struktur objek dan binaan tersebut.
 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekuatan Objek dan Binaan
     
Jenis Bahan Binaan

1. Konkrit

  • Konkrit lebih kuat daripada kayu. Konkrit boleh dibentuk, tidak terbakar, tidak mereput dan tidak berkarat

2. Keluli

  • Keluli lebih kuat daripada kayu. Jambatan yang diperbuat daripada keluli lebih kuat daripada jambatan kayu
 
Bentuk struktur

1. Terowong

  • Terowong dibina dengan bentuk melengkung untuk menjadikannya lebih kuat

2. Kubah

  • Kubah ialah struktur yang berbentuk hemisfera yang kuat dan tidak memerlukan tiang sokongan
 

Kepentingan binaan yang kuat dan stabil

  • Boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang
  • Kos penyelenggaraan yang rendah
  • Tidak mudah rosak
  • Selamat digunakan