Mesin Ringkas & Mesin Kompleks

10.2  Mesin Ringkas & Mesin Kompleks
 
  • Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
 
Jenis mesin ringkas Keterangan
Roda dan gandar.
  • Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang dinamakan gandar
  • Contohnya, pada tombol pintu
Tuas
  • Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek.
  • Contohnya, pada penyapu
Skru
  • Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatukan atau mengetatkan dua bahagian objek
  • Contohnya, pada botol dan penutupnya.
Gear
  • Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi
  • Contohnya, pada jam
Takal
  • Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban
  •  Contohnya, pada bidai
Satah condong
  • Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza.
  • Contohnya, pada tangga
Baji
  • Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk memotong serta memegang dan memberhentikan sesuatu objek
  • Contohnya, pada pisau dan penyendal pintu
 
Mesin kompleks
  • Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas
  • Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas merupakan satu mesin kompleks
  • Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri lestari:
  1. mesin yang tahan lama
  2. tidak mudah rosak
  3. mengguntungkan pengguna
  4. tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar
  5. mudah dan selamat digunakan
  • Contoh mesin lestari ialah basikal, kerana basikal mudah digunakan dan tidak memerlukan bahan api fosil untuk menggerakkannya. Oleh sebab itu, basikal tidak akan mencemarkan alam sekitar.