Sumber Tenaga Boleh Dibaharui & Tidak Boleh Dibaharui

7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui & Tidak Boleh Dibaharui
 
  • Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan, seperti:
  1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
  2. Ombak wujud secara semula jadi.
  3. Air sentiada ada di persekitaran.
  4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
  5. Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula jadi.
  • Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana semula, seperti:
  1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan kehabisan suatu masa nanti
  2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
  3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.