Asas reka bentuk pengaturcaraan

3.1 Asas reka bentuk pengaturcaraan
 
  • Menyatakan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam pengaturcaraan 
  • Menghuraikan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam algoritma
  • Membezakan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma dengan kaedah pseudokod dan carta alir
 

1. Pengaturcaraan ialah satu set arahan yang mengarahkan bagi melaksanakan sesuatu tugasan atau menyelesaikan masalah.

2. Struktur kawalan pilihan ialah satu langkah yang mempunyai dua atau lebih set tindakan sebagai pilihan untuk dilaksanakan. 

3. Jenis struktur kawalan pilihan

  • Pilihan tunggal 
  • Dwi pilihan 
  • Pelbagai pilihan

3. Struktur kawalan ulangan mempunyai satu set tindakan yang sentiasa berulang sehingga syarat tersebut dipenuhi.

4. Algoritma ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan set tugasan

5. Algoritma boleh dijelaskan melalui

  • Pseudokod 
  • Carta alir

6. Pseudokod menggunakan perkataan atau arahan yang mudah kerana ia set pernyataan yang menyerupai bahasa aturcara komputer atau arahan pendek.

7. Carta alir menggunakan situasi pseudokod.

8. Dalam carta alir, simbol geometri digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah:

 
Nama Fungsi
Terminal mula atau tamat Permulaan atau penamat suatu carta alir
Input atau output Membaca input atau memaparkan output
Proses Arahan untuk memproses input
Syarat Menguji syarat
Aliran aktiviti Menunjukkan aliran aktiviti
 
9. Perbezaan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma
 
Struktur kawalan jujukan Struktur kawalan pilihan Struktur kawalan ulangan 
  Penggunaan perkataan JIKA (IF) Penggunaan SELAGI (WHILE)

MULA

 Masak air

 Masukkan uncang teh ke dalam cawan

 Tuangkan air panas ke dalam cawan

 Masukkan sedikit gula

 Kacau air

TAMAT

MULA 

 Masak air

 Masukkan serbuk coklat ke dalam cawan 

 Tuangkan air panas ke dalam cawan 

 Jika mahu susu, maka

 Tambahkan sedikit susu 

 Tamat JIKA 

 Kacau air

TAMAT

MULA 

 Minum air

 SELAGI rasa dahaga 

 Minum air lagi 

 TAMAT SELAGI

TAMAT