Pembangunan kod arahan

6.2 Pembangunan kod arahan
 
  • Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan 
  • Menggunakan fitur-fitur untuk menggerakkan objek, memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu dalam perisian pengaturcaraan 
  • Membina atur cara struktur kawalan jujukan menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk sesuatu objek
 

1. Scratch ialah aplikasi pengaturcaraan untuk membina satu program seperti animasi, permaian dan simulasi.

2. Fitur pada antara muka perisian Scratch:

 
Fitur Penerangan 
Bar menu
  • Terdapat 4 menu
  • Digunakan untuk pelbagai operasi seperti membuka dan menyimpan fail
Sprite
  • Merupakan imje grafik yang digunakan sebagai objek dan melakukan arahan seperti yang diatur cara
  • Juga dikenali sebagai peperi 
Play/ Stop
  • Ikon bendera diklik untuk memulakan pergerakan objek yang dirancang
  • Ikon oktagon merah diklik untuk memberhentikan pergerakan objek
Cursor tools
  • Mengandungi beberapa pilihan untuk menduplikasi, menghapuskan, membesarkan dan mengeculkan Sprite serta memberikan bantuan kepada pengguna
Tabs
  • Mempunyai menu Scripts, Costumes dan Sounds untuk merancang pergerakan objek, memaparkan Costumes dan memasukkan unsur bunyi
Blocks palette
  • Mengandungi 10 menu yang boleh digunakan untuk memberikan arahan kepada objek yang dipilih untuk menjalankan tugas yang dikehendaki
Stage
  • Berfungsi sebagai pentas untuk Sprite bergerak dan berinteraksi
Sprite list
  • Memaparkan Sprite yang digunakan dalam projek
Scripts area
  • Menempatkan blok atur cara dalam Blocks Palette bagi membentuk atur cara yang dikehendaki
 

3. Menggunakan fitur dalam Scratch:

 
Aktiviti Penggunaan fitur dalam Scratch
Menggerakkan objek
  • Menggunakan blok yang terdapat dalam menu Motion pada Tabs Scripts
Memasukkan dialog
  • Memilih blok yang terdapat dalam meny Looks pada Tabs Scripts
Memasukkan bunyi
  • Memilih blok yang terdapat dalam menu Sound pada Tabs Scripts
Memasukkan objek baharu
  • Memilih pelbagai jenis Sprite yang terdapat dalam Sprite List
 

4. Blok atur cara yang bersesuaian digunakan untuk memenuhi pseudokod:

 
Kategotri blok Kegunaan
Events Memulakan segmen atur cara
Motion Menetapkan kedudukan Sprite
Sound Memainkan bunyi yang dipilih
Motion Bergerak atau meluncur ke kedudukan tertentu dalam tempoh masa yang dipilih
Looks Memasukkan dialog dalam tempoh masa yang dipilih