2.1 2.1 Reka bentuk Definisi Reka bentuk bermaksud corak atau bentuk sesuatu produk yang direka. Contoh reka bentuk Reka bentuk Contoh Reka bentuk gelas Reka bentuk pakaian Reka bentuk kuih Kepentingan reka bentuk Memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza Membantu kerja dan memudahkan urusan harian Menjimatkan masa Memberikan pelbagai pilihan mengikut cita rasa, kemampuan dan gaya hidup Contoh pekerjaan dalam reka bentuk Pekerjaan Contoh Pereka grafik Cef Pereka fesyen Juruanimasi Arkitek Elemen dalam reka bentuk Elemen Penerangan Garisan Cantuman satu siri titik atau pergerakan titik dalam sesuatu ruang Rupa Permukaan yang mempunyai garisan luar sebagai sempadan Contoh: rupa geometri, rupa organik Bentuk Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih daripada satu permukaan Tekstur Merujuk kepada sturktuur dan keadaan permukaan Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek Warna Memberikan kesan pada objek dan orang yang melihatnya Warna panas - menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat Warna sejuk - menimbulkan suasana redup, tenang dan damai Ruang Tempat yang lapang dan mampu memberikan keluasan Ruang kecil - menampakkan suasana yang sempit Ruang besar - memberikan keselesaan Nilai Menunjukkan perubahan daripada terang kepada gelap atau sebaliknya bagi sesuatu rona warna