Amalan Toleransi Demi Perpaduan Negara

14.1 Amalan toleransi demi perpaduan negara 
 

1. Definisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 

2. Contoh amalan toleransi demi perpaduan negara:

  • Saling memahami dengan amalan dan kepercayaan pelbagai kaum 
  • Berhemah dan tidak membesarkan isu-isu sensitif 
  • Mengawal diri ketika berhadapan dengan masalah 
  • Bersabar dan mengawal emosi diri pada setiap masa

3. Kepentingan amalan toleransi demi perpaduan negara:

 
  Situasi Kepentingan
Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dan mencapai kata persepakatan Mengelakkan perselisihan faham

Pengguna jalan raya memberikan laluan atau menggunakan laluan alternatif semasa perarakan tersebut berlangsung

Memupuk semangat toleransi antara rakyat
Wakil setiap kaum bersepakat untuk mengambil bahagian dalam pesta kebudayaan Memupuk semangat perpaduan
 

4. Kesan pengabaian amalan toleransi demi perpaduan negara:

  • Perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku
  • Negara menjadi huru-hara
  • Ekonomi negara terjejas