Cinta akan Negara

7.1  Cinta akan negara
 

1. Definisi: Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 

2. Contoh amalan cinta akan negara:

  • Mempertahankan sistem budaya dan sosial daripada ancaman 
  • Mempertahankan imej negara 
  • Sedia berkhidmat sebagai barisan hadapan jika diperlukan 
  • Menyumbang idea, tenaga dan kepakaran 
  • Menyokong dasar-dasar kerajaan 

3. Cara memupuk amalan cinta akan negara:

 
Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan mengetahui sejarah kesultanan raja-raja Melayu
Melawat muzium negara untuk memahami sejarah kemerdekaan negara kita
Menyertai aktiviti dan kempen cinta akan negara
 

4. Kesan pengabaian amalan cinta akan negara:

  • Negara menjadi huru-hara 
  • Pertelingkahan berlaku antara rakyat Malaysia 
  • Negara dapat diancam oleh luar kuasa