Hormati Identiti Negara

6.1  Hormati identiti negara
 

1. Definisi: Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. 

2. Identiti negara:

 
Jata Negara
Bendera Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan
Bunga kebangsaan
Rukun Negara
Parlimen Malaysia
 

3. Cara menghormati identiti negara:

  • Memahami dan menghayati maksud Jata Negara 
  • Memasang Jalur Gemilang dengan betulnya 
  • Menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya 
  • Menggunakan simbol bunya raya sebagai hiasan dalam majlis rasmi 
  • Mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai panduan dalam kehidupan 
  • Mematuhi undang-undang dan amalan demokrasi negara 

4. Kepentingan menghormati identiti negara:

  • Mewujudkan perasaan bangga akan negara 
  • Memupuk semangat patriotik 
  • Menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum 
  • Meningkatkan imej negara 
  • Mengukuhkan perpaduan negara kita 
  • Mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara