Bantuan dan Sokongan Moral Kepada Negara

2.1  Bantuan dan sokongan moral kepada negara
 

1. Definisi: Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 

2. Kita harus menghulurkan bantuan dan sokongan moral yang boleh disumbangkan kepada negara. 

3. Contoh bantuan dan sokongan moral yang boleh disumbangkan kepada negara:

  • Memberikan kata-kata semangat kepada orang yang ditimba bencana
  • Hasil jualan amal didermakan kepada golongan yang susah 
  • Bersama-sama menyumbangkan barangan terpakai 
  • Memberi layanan baik kepada semua orang 
 
 

4. Cara memupuk budaya memberi bantuan dan sokongan moral kepada negara:

  • Peka terhadap kesusahan orang lain 
  • Bersikap ikhlas dan rela membantu 
  • Sentiasa ringan tulang dalam memberikan bantuan 
  • Berkongsi maklumat tentang sesuatu kempen kerajaan kepada masyarakat 
  • Tidak mementingkan diri sendiri 
  • Peka dan prihatin terhadap penderitaan orang lain

5. Kepentingan amalan memberi bantuan dan sokongan moral kepada negara:

  • Meringankan beban orang yang susah 
  • Memupuk semangat perpaduan 
  • Mewujudkan keharmonian dalam negara