Amalan Kesederhanaan Dalam Hidup Bermasyarakat

13.1  Amalan kesederhanaan demi kesejahteraan negara
 

1. Definisi: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

2. Contoh amalan kesederhanaan dalam hidup bermasyarakat:

  • Tidak melampaui batas dalam pergaulan sesama anggota masyarakat
  • Menggunakan bahasa yang sopan semasa berinteraksi 
  • Tidak mengambil kesempatan atas kebaikan anggota masyarakat

3. Cara amalan kesederhanaan dalam hidup bermasyarakat

 
Berbelanja secara sederhana di pasar raya supaya orang lain turut dapat membeli barangan keperluan
Menggunakan bahasa yang sopan semasa menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan bas
Ambil makanan secara sederhana
 

4. Kepentingan amalan kesederhanaan dalam hidup bermasyarakat:

  • Menjamin keselesaan anggota masyarakat 
  • Memupuk harmoni dalam masyarakat 
  • Mengelakkan pertelingkahan