Amalan Kerjasama Dalam Hidup Bermasyarakat

12.1 Kerjasama demi keharmonian negara
 

1. Definisi: Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

2. Kita harus mengamalan kerjasama dalam hidup bermasyarakat.

3. Contoh amalan kerjasama dalam hidup bermasyarakat:

  • Bersama-sama anggota masyarakat membanteras masalah jenayah di kawasan penempatan 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti membersihkan kawasan persekitaran 
  • Bekerjasama semasa membuat persiapan sambutan perayaan 

4. Cara amalan kerjasama dalam hidup bermasyarakat:

 
Saling membantu menyelenggara dan memasang khemah untuk jamuan makan di kawasan perumahan
Membantu mengawasi rumah anggota masyarakat ketika mereka pulang ke kampung
Memberi sumbangan kepada anggota masyarakat yang memerlukan dengan mengadakan jualan amal
 

5. Kepentingan amalan kerjasama dalam hidup bermasyarakat:

  • Menjimatkan tenaga, kos dan masa 
  • Menyiapkan kerja dalam masa yang sikat 
  • Mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat