Tindakan Yang Adil Terhadap Jiran

8.1  Tindakan yang adil terhadap jiran
 

1. Definisi: Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

2. Kita harus mengamalkan sikap adil terhadap jiran. 

3. Contoh tindakan adil terhadap jiran:

  • Tidak berat sebelah dalam mengambil tindakan atau keputusan 
  • Memberi layanan yang sama rata terhadap jiran 
  • Bersikap adil dalam mengagihkan barangan 
  • Adil dalam pergaulan sesama jiran tanpa mengira bangsa dan agama
 
 

4. Kebaikan bersikap adil dengan jiran:

  • Dapat membuat jiran berasa gembira 
  • Dapat membahagikan barangan/makanan kepada semua jiran 
  • Berasa puas hati kerana telah bersikap adil 
  • Mewujudkan rasa saling berterima kasih dengan jiran