Maksudnya:"..Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
Hukum Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
Wajib
Adab Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
Sentiasa menjaga kebersihan.
Membuang sampah di tempat yang betul.
Mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Bergotong-royong membersihkan kawasan.
Mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan penggunaan sumber alam.
Memelihara udara
Memperbanyakkan aktiviti penanaman semula.
Tidak melakukan pembakaran terbuka.
Memelihara air
Menggunakan air dengan berjimat cermat untuk mengurangkan kuantiti air yang perlu dirawat.
Tidak membuang sampah dan sisa buangan di saliran air, longkang, sungai atau pun laut.
Kepentingan Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar yang Menepati Syarak
Individu
Mendapat keberkatan hidup.
Menikmati suasana kehidupan yang sihat.
Menyemai rasa syukur dengan nikmat alam sekitar.
Memupuk perasaan tanggungjawab terhadap kurniaan alam sekitar.
Masyarakat
Dapat terus menikmati sumber alam.
Menerangkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama.
Hidup selesa dalam persekitaran yang bersih.
Terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada kekotoran dan pencemaran.
Negara
Menjaga imej Islam dan negara yang mementingkan kebersihan.
Menjaga keindahan alam semula jadi negara.
Mencontohi Rasulullah SAW Memelihara Alam Sekitar
Sentiasa Bersyukur
Rasulullah SAW meminta para sahabat untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat alam yang dianugerahkan Allah SWT.
Menjaga Kebersihan
Dalam hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Tidak Merosakkan Alam tanpa Tujuan
Ketika mengutuskan tentera, Rasulullah SAW melarang mereka daripada merosakkan pokok buah-buahan dan haiwan ternakan pihak musuh.
Memelihara dan Memulihara Sumber Alam
Rasulullah SAW memberitahu bahawa antara perkara yang dilaknat Allah SWT termasuklah membuang air besar di tempat sumber air, di tempat laluan awam dan di tempat berteduh.