Maksudnya:"Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai sebagai makmum kerana Allah Taala."
Hukum Menunaikan Solat Berjemaah
Fardu kifayah bagi solat fardu.
Fardu ain bagi solat Jumaat.
Kepentingan Solat Berjemaah
Meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama.
Membentuk diri berdisiplin dan mematuhi ketua.
Melatih diri menepati masa.
Menambah rasa kasih sayang dan hormat-menghormati tanpa mengira darjat.
Syarat-Syarat Sah Solat Berjemaah
Perbuatan zahir imam dan makmum sama.
Makmum mengikut imam:
Takbir: Mesti terkemudian daripada takbir imam.
Perbuatan lain: Tidak mendahului imam melebihi dua rukun tanpa keuzuran.
Makmum mengetahui pergerakan imam.
Makmum dan imam berhimpun dalam satu tempat tanpa berpisah.
Makmum tidak tertinggal daripada mengikut pergerakan imam sebanyak dua rukun tanpa keuzuran atau tiga rukun panjang dengan keuzuran.
Perbuatan sunat makmum dan imam tidak bercanggah secara ketara kecuali qunut.
Makmum berniat mengikut imam.
Makmum yakin solat imam sah.
Solat imam bukan dalam kategori solat yang wajib diulang.
Martabat imam dari sudut jantina tidak kurang daripada makmum.
Imam tidak ammi (buta huruf) sedangkan makmum pula baik bacaannya.
Imam yang diikuti tidak mengikut imam lain.
Kesan Solat Berjemaah
Dapat melahirkan masyarakat yang mulia serta membuang sifat mementingkan diri sendiri kerana semasa berjemaah semua manusia adalah sama di sisI Allah SWT.
Makmum Muafik
Pengertian
Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Muafik yang tidak Sempat MenyempurnakanBacaan Al-Fatihah
Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk.
Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.
Contoh
Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna.
Makmum Masbuk
Pengertian
Makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya.
Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Masbuk yang tidak Sempat MenyempurnakanBacaan Al-Fatihah
Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam
Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam
Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut
Contoh
Semasa makmum bertakbiratul ihram, imam sudah sempurna membaca surah atau sedang rukuk.