Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan mentaati (kepada pemimpin) dalam perkara yang dia suka dan benci selagi dia tidak diperintahkan melakukan maksiat, apabila diperintahkan melakukan maksiat maka tiada kewajipan untuk mendengar dan mentaati."
(Muttafaq 'Alayhi)
Definisi Pemimpin
Pemimpin ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai serta memimpin sesebuah kumpulan, persatuan, organisasi atau negara.
Sabda Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang makruf."
(Riwayat Al-Bukhari)
Ciri-ciri Pemimpin Budiman
Sopan dan lemah lembut ketika berbicara.
Saling bekerjasama dan memberi sokongan.
Menasihati satu sama lain sekiranya terdapat kesalahan.
Amanah dan beriman kepada Allah SWT.
Menjauhi rasuah dan perpecahan.
Adil dalam memerintah.
Kepentingan Mentaati Pemimpin
Mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dengan orang bawahannya.