Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."
Rukun Puasa
Niat: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَا لَى (Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala)
Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.
Syarat Wajib Puasa
Islam
Tidak wajib bagi orang kafir.
Baligh
Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa.
Berakal
Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
Mampu
Tidak uzur dan tidak sakit.
Syarat Sah Puasa
Islam
Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.
Suci daripada Haid, Nifas dan Wiladah
Khusus bagi wanita.
Berakal (Mumayyiz)
Tidak sah puasa orang gila, pengsan dan belum mumayyiz.
Bertepatan dengan Waktunya
Tidak berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa contohnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Sunat-Sunat Puasa
Bersahur
Melewatkan sahur
Memperbanyakkan amalan sunat seperti bertadarus, bersedekah dan beriktikaf
Menyegerakan berbuka
Berdoa sebelum berbuka
Berbuka dengan tamar
Memberikan makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa
Perkara yang Membatalkan Puasa
Haid, nifas dan wiladah.
Muntah dengan sengaja.
Pengsan dan mabuk sepanjang hari, gila walau sekejap.
Murtad.
Berjimak pada siang hari.
Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
Memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka sama ada makan, minum dan sebagainya.
Kepentingan Berpuasa
Rohani
Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Melatih diri agar bersifat amanah, ikhlas dan sabar.
Jasmani
Menghindarkan penyakit yang berpunca dari perut.
Merehatkan organ dalaman badan.
Masyarakat
Mengikis sifat kedekut dan sombong.
Mendidik masyarakat agar tidak boros dan membazir.