Maksudnya: Daripada Abu Shuraih Al-Khuzai RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya."
(Riwayat Al-Bukhariy dan Muslim)
Cara Memuliakan Tetamu
Menyediakan juadah.
Memberikan layanan yang baik dan ikhlas.
Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk tetamu.
Memberi salam dan bertanya khabar.
Menyambut kedatangan dengan mesra dan gembira.
Info
Menjaga adab dengan tetamu merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW dan dituntut oleh Islam.