Pendidikan Islam Chapter 6: Adab
 
17 Adab Menuntut Ilmu
 
Maksud & Kepentingan Ilmu Fardhu 'Ain & Kifayah
Ilmu fardhu 'ain Ilmu fardhu kifayah
Pengertian
  • Ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap umat Islam.
  • Contoh: Solat fardhu.
  • Ilmu yang wajib dikuasai oleh sebahagian umat Islam.
  • Contoh: Solat jenazah.
Kepentingan
  • Melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya.
  • Membentuk peribadi yang sempurna.
  • Menegakkan syiar Islam.
  • Hidup bahagia dan sejahtera.
  • Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. 
  • Melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang.
  • Meningkatkan ekonomi negara.
  • Umat Islam bertambah maju.
 
Dalil Naqli
Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
 طَلَبُ ‌الْعِلْمِ ‌فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Maksudnya: Menuntut ilmu ialah fardu bagi setiap orang Islam. (Riwayat Ibn Majah)
 
 
Kepentingan Mengamalkan Adab Menuntut Ilmu
  • Mudah memahami isi pelajaraan.
  • Ilmu bertambah berkat.
  • Bermotivasi untuk belajar.
  • Bersemangat untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari.
  • Disayangi dan rakan.
  • Diangkat darjat di sisi Allah.
 
Doa Belajar
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن
Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-hikmahMu dan limpahkan ke atas kami rahmatMu, Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Rumusan
Adab menuntut ilmu dapat menjamin keberkatan hidup serta bermanfaat untuk diri dan masyarakat.