Aurora ialah fenomena berupaya cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna hijau atau ungu.
Maksud Al-Alim
Al-Alim bererti Maha Mengetahui.
Nama Allah Al-Alim bermaksud Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu secara terperinci.
Tiada suatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
Maksud Al-Hakim
Al-Hakim bererti Maha Bijaksana.
Nama Allah Al-Hakim bermaksud Allah Maha Bijaksana mencipta dan mentadbir alam.
Setiap ciptaannya mengandungi hikmah, faedah dan tujuan.
Dalil Naqli Nama Allah Al-Alim dan Al-Hakim
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
(سورة النساء 26:4)
Maksudnya:Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Kesan Beriman Dengan Nama Allah Al-Alim & Al-Hakim
Mentaati Perintah Allah
Melipatgandakan amalan.
Menjauhi maksiat.
Berusaha Meningkatkan Ilmu
Belajar ilmu yang bermanfaat.
Tekun dan bersungguh-sungguh.
Mensyukuri Nikmat Allah
Menggunakan nikmat sebaik-baiknya.
Memelihara alam.
Redha dengan Ketentuan Allah
Bersangka baik dengan Allah.
Sabar dengan ujian Allah.
Bukti Keimanan Melalui Tindakan dan Mensyukuri Nikmat
Memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kebijaksanaan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam, kemudian mengaitkan dengan tajuk yang dipelajari.
Sentiasa berhati-hati dengan tindakan mereka kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang tidak manusia ketahui.
Sumbang saran hikmah Allah menciptakan tumbuhan dan haiwan.
Membaca dalil naqli dan meneliti maksudnya.
Membincangkan tanda-tanda ilmu dan kebijaksanaan Allah, kemudian bentang dihadapan kelas.
Menyenaraikan kesan beriman dengan nama Allah Al-Amin dan Al-Hakim.
Sumbang saran cara memelihara alam kemudian terapkan kepada murid untuk mengamalkannya.
Melakukan aktiviti yang membantu mengingati dalil naqli dan erti beriman dengan nama Allah Al-Amin dan Al-Hakim.
Mengetahui bahawa menjaga kesihatan diri dituntut dalam Islam dan diganjari pahala.
Info
Dalil nakli ialah dalil yang diperoleh daripada nas Al-Quran atau hadis.
Rumusan
Kita hendaklah beriman dengan nama Allah Al-Alim dan Al-Hakim dengan mensyukuri segala nikmat yang diberikan.
Sentiasa melipat gandakan amalan untuk mendapat keredaan Allah SWT.