Perdengarkan bacaan Surah Al-Kafirun daripada murid turus.
Ingatkan murid agar mengamalkan adab ketika membaca Al-Quran.
Minta murid meneliti perbezaan dan persamaan kalimah dalam Surah Al-Kafirun.
Latih tubi membaca ayat dengan betul secara individu dan berkumpulan.
Pastikan murid membaca ayat dengan bertajwid.
Minta murid mencari persamaan dan perbezaan ayat yang terdapat dalam Surah Al-Kafirun.
Minta murid membaca setiap ayat berulang kali sehingga mereka ingat.
Minta murid tasmi' bacaan secara berpasangan.
Galakkan murid mengamalkan bacaan Surah Al-Kafirun sebagai amalan harian.
Galakkan murid turus membimbing rakan yang belum menguasai hafazan.
Minta murid tasmi' hafazan bersama-sama dengan rakan dan mencatatnya dalam senarai semak hafazan mengikut kreativiti guru.
Pastikan permainan terkawal dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terpelihara.
Minta murid yang belum menghafaz Surah Al-Kafirun memantapkan hafazan sebelum permainan dimulakan.
Menghafaz Surah Al-Kafirun Dalam Solat dan Kehidupan
Galakkan murid mengamalkan bacaan Surah Al-Kafirun sebagai amalan harian dan di dalam solat.
Minta murid tasmi' hafazan bersama-sama dengan rakan dan mencatatnya dalam senarai semak hafazan mengikut kreativiti guru.
Menggalakkan murid-murid untuk tasmi' hafazan bersama dengan ibu bapa atau keluarga mereka di rumah.
Melakukan permainan atau aktiviti menarik untuk membantu hafazan murid-murid seperti 'Susunan Berkat' dimana setiap kumpulan dikehendaki menyusun kad yang mengandungi ayat Surah Al-Kafirun dengan betul lalu membacanya di hadapan guru.
Pastikan permainan terkawal dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terpelihara.
Minta murid yang belum menghafaz Surah Al-Kafirun memantapkan hafazan sebelum permainan dimulakan.
Rumusan
Mengenal pasti persamaan dan perbezaan ayat dan kalimah dalam surah ini dapat mempercepat proses menghafaz.