Nun sakinah atau tanwin bertemu ت, ث, ج, د, ذ, ز, ش,س, ص,ض, ط, ظ, ق, ف, ك
Menyebut nun sakinah (نْ) dan tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) dengan cara bacaan antara izhar dengan idgham.
Mad aridh lis sukun
Mad yang datang apabila hentikan bacaan pada hujung ayat.
2/4/6 harakat.
Qalqalah kubra
Apabila huruf ب, د, ج, ق, ط berbaris tetapi dimatikan apabila hentikan bacaan.
Berdetak kuat.
Idgham maal ghunnah
Nun sakinah atau tanwin bertemu ي و م ن.
Memasukkan sebutan nun sakinah (نْ) atau tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) ke dalam huruf selepasnya dan dibaca secara idgham beserta dengung.
Hukum Tajwid
Contoh
Ikhfa' hakiki
وَلَآأَنتُمۡ
Mad aridh lis sukun
الْكَافِرُونَ
Qalqalah kubra
مَآأَعۡبُدُ
Idgham maal ghunnah
عَبَدتُّمْ
Mengamalkan Surah Al-Kafirun
Membuat latih tubi membaca Surah Al-Kafirun secara berkumpulan.
Memastikan bacaan mengikut hukum tajwid yang betul.
Melakukan aktiviti seperti merakam bacaan di dalam peranti.
Memuat naik rakaman tersebut di dalam program Frog VLE dan kongsikan bersama rakan-rakan.
Melakukan semakan pada bacaan bersama rakan atau guru.
Pelbagaikan aktiviti untuk memantapkan bacaan seperti aktiviti semak bacaan dari stesen ke stesen, murid turus dilantik untuk menjaga setiap stesen tersebut, dan akhir sekali membaca keseluruhan ayat di hadapan guru.
Melibatkan semua pihak dalam aktiviti yang dijalankan.
Merakam bacaan dan perdengarkan kepada kelas.
Rumusan
Kita digalakkan membaca surah Al-Kafirun sebagai salah satu pendinding daripada gangguan syaitan dan perbuatan sihir.