5.1 Adab Makan dan Minum Doa Sebelum Makan dan Minum اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيماَ رَزَقْتَناَ وَقِناَ عَذاَبَ النَّارِ Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki kami dan jauhi kami daripada azab neraka. Adab Semasa Makan dan Minum Gunakan tangan kanan. Mengambil makanan yang paling hampir. Elakkan meniup makanan atau minuman yang panas. Elakkan berbual perkara yang tidak baik ketika sedang makan. Tidak membazir. Tidak mencela makanan. Jika terlupa membaca doa makan, bacalah: بِسْمِ اللَّهَ اَوَّلُهُ وَاَخِرُهُ Adab Selepas Makan dan Minum Membasuh tangan. Membaca doa selepas makan. Doa Selepas Makan dan Minum اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَطْعَمَناَ وَسَقاَناَ وَجَعَلَناَ مُسْلِمِينَ Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta jadikan kami orang islam. Dalil Sabda Rasulullah SAW: يَا غُلَامُ سَمِ اللهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ. Maksudnya: "Wahai anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah yang paling hampir". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Kepentingan Mengamalkan Adab Makan dan Minum Berdisiplin Menjaga maruah diri dan keluarga. Terhindar daripada melakukan perbuatan tercela. Kesihatan Terpelihara Terhindar daripada jangkitan kuman dan penyakit berbahaya. Meningkatkan kualiti kehidupan. Masyarakat Harmoni Merapatkan hubungan baik sesama manusia. Hidup aman dan damai. Bersyukur Mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mengelakkan daripada pembaziran. Rumusan Mengamalkan adab makan dan minum menjadikan kita seorang Muslim berakhlak dan bersyukur.