3.2 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat Maksud Syarat Wajib Solat Syarat wajib solat adalah perkara-perkara tertentu yang mewajibkan seseorang itu solat. Syarat-Syarat Wajib Solat Islam. Baligh. Berakal. Maksud Syarat Sah Solat Syarat sah solat ialah perkara-perkara yang menyebabkan solat seseorang itu sah. Syarat-Syarat Sah Solat 1. Mengetahui Masuk Waktu Solat Subuh. Zohor. Asar. Maghrib. Isyak. 2. Suci daripada Hadas Kecil dan Hadas Besar Hadas kecil: Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur. Hadas besar: Keluar air mani, haid, nifas, bersetubuh, wiladah dan mati selain mati shahid. 3. Suci daripada Najis pada Tubuh Badan, Pakaian dan Tempat Tahi. Darah. Nanah. 4. Menutup Aurat Aurat lelaki: Daripada pusat hingga lutut. Aurat perempuan: Seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan. 5. Menghadap Arah Kiblat Iaitu Allah / Kaabah. Kepentingan Syarat-Syarat Wajib Solat 1. Islam Tidak wajib ke atas orang kafir. 2. Baligh Tidak wajib ke atas yang belum cukup umur. 3. Berakal Tidak wajib ke atas orang gila. Kepentingan Syarat-Syarat Sah Solat 1. Masuk Waktu Sentiasa peka dan disiplin. 2. Aurat Menjaga maruah dan patuh dengan perintah Allah. 3. Arah Kiblat Sebagai lambang penyatuan ummat. 4. Suci daripada Hadas Memastikan diri sentiasa dalam keadaan suci dan bersih zahir dan batin. 5. Suci daripada Najis Memastikan kebersihan sentiasa dijadikan keutamaan. Rumusan Kita hendaklah mematuhi syarat ini bagi memastikan solat kita diterima oleh Allah.