Maksudnya:Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Bukti Sifat Siddiq Nabi Muhammad
Sifat siddiq yang dimiliki oleh Nabi bukan sahaja dikagumi oleh para sahabat baginda, malah musuh musuh Nabi juga turut mengaguminya. Ia disebabkan baginda sentiasa berkata benar dan berterus terang walaupun dalam bergurau.
Oleh itu, semua perkara yang disampaikan oleh baginda adalah berdasarkan wahyu, iaitu peerintah dan petunjuk daripada Allah.