4.3 Wudhu Pengertian Wudhu Perbuatan meratakan air pada anggota tertentu beserta dengan niat. Tujuan Wudhu Wajib Berwudhu Solat Menyentuh Al-Quran Tawaf Sunat Berwudhu Sebelum tidur Menuntut ilmu Membaca Al- Quran Masuk ke masjid Mengawal kemarahan Hikmah Wudhu Menunjukkan kepatuhan kepada perintah Allah. Memastikan diri sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani. Rukun Wudhu Bersugi (sunat dilakukan). Membaca Basmallah (sunat dilakukan). Mambasuh tangan hingga pergelangan tiga kali (sunat dilakukan). Berkumur kumur tiga kali(sunat dilakukan). Memasukkan air kedalam hidung 3 kali (sunat dilakukan) Berniat ketika membasuh muka (wajib dilakukan). Membasuh muka 3 kali (wajib dilakukan). Membasuh tangan hingga ke siku 3 kali (wajib dilakukan). Menyapu sebahagian kepala 3 kali (wajib dilakukan). Membasuh telinga 3 kali (sunat dilakukan). Membasuh kaki hingga ke buku lali 3 kali (wajib dilakukan). Tertib (wajib dilakukan). Membaca doa (sunat dilakukan). Niat ketika Membasuh Muka نَوَيْتُ الْوُضُوءَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ فَرْضًا لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya: Sahaja aku mengangjat hadas kecil kerana Allah SWT. Doa selepas Berwudhu أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ Perkara Makruh ketika Berwudhu Bercakap. Berlebihan menggunakan air. Mendahulukan anggota kiri. Meminta orang lain membasuhkan anggota wudhu tanpa keuzuran.