Pendidikan Islam Chapter 4: Ibadah
4.1 Air Mutlak dan Kegunannya
 

Gambar ini menunjukkan pelbagai jenis air mutlak dalam bentuk peta minda. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘Jenis Jenis Air Mutlak’ dengan logo Pandai di bawahnya. Terdapat enam kotak yang mengelilingi teks tengah, setiap satu dengan nama jenis air mutlak: ‘Salji’, ‘Air embun’, ‘Air sungai’, ‘Air mata air’, ‘Air laut’, dan ‘Air perigi’. Garis dan anak panah menghubungkan kotak-kotak ini dengan teks tengah. Latar belakangnya berwarna putih dengan beberapa ikon bintang kecil di sekeliling.

 

Bahagian Air
Air Mutlak
  • Air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya sebahagaimana yang diciptakan Allah.
Air Musyammas
  • Air dalam bekas yang boleh berkarat dan terdedah dibawah matahari yang sangat terik dinegara yang bercuaca panas. 
  • Makruh menggunakannya pada tubuh badan.
Air Musta'mal
  • Air yang telah digunankan untuk berwuduk atau mandi wajib. 
  • Kadar airnya adalah kurang daripada 2 kolah serta tidak berubah salah satu sifat air (bau, warna dan rasa).
Air Mutlak
  • Air kurang dua kolah dan dimasuki najis kedalam walaupun tidak mengubah sifat air.
  • Air lebih 2 kolah dan dimasuki najis kedalam dan mengubah sifat air. 
 

 

Kegunaan Air Mutlak
  • Air multlak digunakan untuk mandi, berwuduk, dan menghilangkan najis.
  • Air mutlak digunakan untuk membasuh dan memasak.
 
Adab Menggunakan Air
  • Menutup paip selepas digunakan.
  • Menggunakan air mengikut keperluan.
  • Tidak membuang sampah kedalam laut dan sungai.
 
Rumusan
  • Air mutlak digunakan untuk menghilangkan najis, berwudhu dan mandi wajib.
  • Begitu juga, air musyamas, tetapi penggunaanya pada tubuh badan adalah makruh.