1.10 Bacaan Mad Contoh Bacaan Mad Silah Qosiroh Mad Silah Tawilah Terjadi apabila Ha’ dhomir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah berlainan. Cara bacaannya ialah 4 atau 5 harakat. Contoh Bacaan Mad Silah Tawilah Mad Wajib Muttasil Huruf mad dan hamzah itu ada yang bertemu di pertengahan perkataan dan ada yang bertemu di akhir perkataan dalam satu kalimah. Kadar panjang bacaan mad muttasil itu berbeza pada keadaan wasal (di tengah) dan waqaf (di akhir) seperti berikut: 4 atau 5 harakat: jika wasal pada hamzah 4, 5 atau 6 harakat: jika waqaf pada hamzah Contoh Bacaan Mad Wajib Muttasil Mad Jaiz Munfasil Mad Jaiz Munfasil ialah huruf mad (huruf alif, wau atau ya’) yang bertemu dengan huruf hamzah dalam dua kalimah. Dibaca dengan “Mad” atau harakat panjang yang melebihi 2 harakat (iaitu 4 atau 5 harakat). Contoh Bacaan Mad Jaiz Munfasil Mad Lazim Kalimi Mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam satu perkataan disertai idgham. Kadar bacaannya: 6 harakat beserta idgham. Contoh Bacaan Mad Lazim Kalimi