1.4 Bacaan Izhar Izhar Halqi Berlaku apabila Nun sakinah atau tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf halqi. Cara bacaan Izhar Halqi ialah membaca Nun sakinah dan tanwin dengan terang dan jelas tanpa degung. Huruf Izhar Halqi ء, ه, ع, ح, خ Contoh Bacaan Izhar Halqi مَنۡ ءَامَنَ ء مِنۡ هَادٍ ه شَاكِرٌ عَلِيمٌ ع يَنۡحِتُونَ ح مِيثَٰقًا غَلِيظا غ مُنۡخَنِقَةُ خ Huruf Izhar Shafawi ت ج خ ذ ث ح د ر Izhar Shafawi Berlaku apabila Min bertanda sukun bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf mim (م) dan ba (ب). Cara bacaan izhar shafawi ialah Menjelaskan sebutan pada mim (م) dengan terang dan nyata. Contoh Bacaan Izhar Shafawi وَيَمۡحُ لَهُمۡ ءَالِهَةٌ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا تُمۡسُونَ Qalqalah Qalqah terbahagi kepada dua iaitu Qalqalah Kubhra (besar) dan Qalqalah Sughra (kecil). Qalqalah Qubra Huruf qalqalah mati kerana tidak asli (diwakafkan). Dibaca dengan terang dan mantul. Bunyi pantulannya besar. Di akhir ayat. Qalqalah Sughra Huruf qalqalah mati kerana asli (disukunkan). Dibaca dengan terang dan mantul. Bunyi pantulannya kecil. Di tengah ayat ayat Huruf Qalqalah د ج ب ط ق Contoh Bacaan Qalqalah Di Tengah Bacaan Di Akhir Bacaan وَاَبْقىٰ وَلَمْ يٗوْلَدْْ٠ يَجْعَلٗ تَبَقًا عَنْ تَبَ وَهٗوَ يٗتْعِمُ وَماَ لَهاَ مِنْ فُرُخً٠ Huruf Sakinah Huruf Sakinah ialah huruf yang tidak berbaris. Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqaf. Bacaan Huruf Sakinah مَنْ ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُ أَتْبَعٗ أَتْْ فَلَآ إِثْمَ عَللَيْهِ أَثقَالَهَا أَثْ تَحْتَ أَقْدَاممِِننَا أَحْيَآءٌ أَحْ وَيُذْهِِبُ عَنْكُمْ أَذْهَبَ أَذْْ Membezakan Sebutan Huruf Sakinah Huruf hamzah sebutannya berada luar. تَكْفُرُونَ تَأْ Huruf 'ain sebutannya berada di dalam. تَبُدُونَ تَعْ Huruf kof sebutannya berada di dalam. تَقْهَرْ تَقْ Huruf kaf sebutannya berada diluar. تَأْكُلُونَ تَكْ Alif Lam Qomariah Al qamariyah disebut juga Izhar Qomariyah. Al Qamariyah harus dibaca jelas dan terang. Alif Lam yang dirangkaikan dengan salah satu huruf Qamariyah maka Alif Lam harus dibaca jelas. Bacaan Izhar Qomariyah (Alif Lam Qamariah) عَيْنَ ٱلْيَقِينِ ٱلْقَارِعَةُ فَالْمٗمرِيَٰتِ ٱلْحَمْدُ وَٱلْعَصْرِ كَٱلْفَرَاشِ