Adab Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

 

19

 Cintakan Sunnah Rasulullah SAW

 

 Gambar sebuah rajah:  SUNNAH PERKATAAN  SEMUA UCAPAN NABI MUHAMMAD SAW DALAM BENTUK SURUHAN, LARANGAN SERTA GALAKKAN  SUNNAH PERBUATAN  SEGALA PERBUATAN NABI MUHAMMAD SAW YANG DISAMPAIKAN OLEH PARA SAHABAT BAGINDA

Pengertian sunnah Rasulullah SAW

Sesuatu yang bersumberkan daripada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, sifat serta akhlak yang diberitakan oleh sahabat baginda. 

 
 

Dalil Naqli

 

wama eatakum alrasul fakhudhuh wama nahakum eanh fantahuu (surat alhashr 7:59 )

 

Maksudnya : Apa yang diberikan rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah...

 
 

Sunnah Dari Aspek Perkataan dan Perbuatan

 

Sunnah Perkataan

Semua ucapan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk suruhan, larangan serta galakkan. 
 
 

Kelebihan Membaca Al-Quran

Daripada Abu Umamah R.A katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu semua membaca Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya".

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 
 

Jauhkan Sifat Sombong dan Bangga Diri

Daripada Harisah Bin Wahab R.A : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 
 
 

Sunnah Perbuatan

Segala perbuatan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh para sahabat baginda. 
 
 

Mengutamakan Anggota Kanan

Diriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memulakan dengan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci. 

(Mutaafaq Alaih)

 

Merendah Diri

Anas Bin Malik R.A menceritakan bahawa Rasulullah SAW sentiasa merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

Menggosok Gigi

Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A bahawa beliau berkata : Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur, baginda menggosok giginya dengan menggunakan siwak atau kayu sugi. 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 
 

Kepentingan Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW

Gambar sebuah rajah:  Kepentingan Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW  1. Menjadi bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW 2. Mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat 3. Terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai 4. Membentuk umat berperibadi mulia 5. Menjadikan diri lebih beristiqamah dalam ibadah