Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Sirah: Peristiwa Penerimaan Wahyu Nabi Muhammad SAW

13
Peristiwa Penerimaan Wahyu Nabi Muhammad SAW
Erti Wahyu
Wahyu ialah kalam Allah yang disampaikan kepada nabi dan rasul.
Fakta Nabi Muhammad SAW Mendaki Jabal An-Nur
Sebelum Nabi Muhammad SAW diisytiharkan menjadi Nabi, baginda sering kegua Hira' untuk beribadah.
Sabar walaupun pendakian agak mencabar.
Penurunan Wahyu Pertama Di Gua Hira'
Tarikh: 17 Ramadan.
Usia Nabi Muhammad SAW: 40 tahun.
Malaikat pembawa wahyu: Jibrail AS.
Peristiwa Penurunan Wahyu
Malaikat Jibrail AS telah bertemu Nabi Muhammad SAW Ketika baginda beribadah.
Jibrail AS meminta Nabi Muhammad SAW membaca, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak boleh membaca.
Lalu Jibrail AS memeluk dan meminta baginda membacanya lagi.
Baginda memberikan jawapan yang sama.
Selepas tiga kali meminta baginda membaca dan memeluknya, Jibrail AS mengajar Nabi Muhammad SAW membaca ayat 1-5 daripada surah Al-Alaq.
Peristiwa Selepas Penurunan Wahyu
Baginda pulang menemui isterinya Khadijah AS dalam keadaan ketakutan.
Khadijah AS menyelimutkan dan menenangkan baginda.
Kemudian, Khadijah AS membawa baginda bertemu sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang pendeta nasrani. Menurut Waraqah, baginda telah dilantik menjadi rasul sebagaimana yang disebut dalam kitab terdahulu.
Kepentingan Penurunan Wahyu
Medium untuk mengetahui perintah dan larangan Allah SWT.
Mematahkan hujah orang kafir.
Memberi penyelesaian kepada permasalahan manusia sepanjang zaman.
Menjelaskan tentang perkara sam'iyat.
Mengandungi iktibar tentang peristiwa terdahulu.
Info
Sam'iyat ialah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan akal dan pancaindera manusia, hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Hadis.
Iktibar Peristiwa Penurunan Wahyu Pertama
Peristiwa
Iktibar
Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Kita mestilah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Nabi Muhammad SAW gigih mendaki Jabal An-Nur untuk ke gua Hira'.
Mencontohi kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan semua perkara terutamanya dalam beribadah.
Nabi Muhammad SAW beribadah kepada Allah walaupun masyarakatnya menyembah berhala.
Kita mesti berpendirian teguh dan tidak terpengaruh dengan anasir tidak baik yang ada disekeliling kita.
Wahyu yang pertama ialah 'iqra' iaitu bacalah.
Tekun menuntut ilmu dan menjadikan amalan membaca sebagai tabiat.
Al-Quran Sebagai Panduan Hidup
Memahami bahawa Al-Quran ialah wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Menghayati dengan terperinci akan peristiwa penurunan wahyu yang pertama.
Sentiasa mencari maklumat tambahan tentang Jabal An-Nur daripada laman sesawang, kemudian mengaitkannya dengan kesungguhan Nabi Muhammad SAW beribadah.
Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dimana baginda sentiasa bercakap benar.
Merujuk orang yang lebih arif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.
Membaca surah Al-Alaq dan menghayati maksudnya.
Digalakkan supaya mengkaji dan mempelajari isi kandungan Al-Quran.
Melakukan sesi soal jawab berkaitan dengan faedah menuntut ilmu dan membaca dan akibat jika tidak menuntut ilmu dan tidak suka membaca.
Melakukan aktiviti dan simulasi untuk membantu memahami kepentingan penurunan wahyu dan beramal dengan Al-Quran.
Rumusan
Al-Quran ialah kitab panduan umat Islam.
Beriman kepadanya menjadi asas dalam setiap tindakan kita.

Chapter : Sirah
Topic : Merumus iktibar daripada peristiwa penerimaan wahyu Nabi Muhammad s.a.w. dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Year 3
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Year 3
Related notes
Sirah: Keunggulan Sifat Tabligh Nabi Muhammad SAW
Sirah: Keperibadian Nabi Muhammad SAW
Al-Quran (Surah Al-Kafirun)
Membaca Surah At-Takathur
Membaca Surah Al-Qari'ah
Al-Quran (Membaca Surah Al-Asr)
Al-Quran (Menghafaz Surah Al-Kafirun)
Menghafaz Surah At-Takathur
Al-Quran (Menghafaz Surah Al-Asr)
Menghafaz Surah Al-Qari'ah
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account