Al-Quran (Hukum Nun Sakinah & Tanwin)

 

6

 Hukum Nun Sakinah ( نْ) dan Tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ )

 C. Gambar sebuah rajah: ٨٨٨٨٨ Izhar Halqi Idgham Maal Ghunnah Idgham Bila Ghunnah Iqlab Ikhfa Hakiki
Huruf Cara bacaan Contoh potongan ayat
Izhar Halqi (إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ)

ء ه ح خ ع غ

Membaca nun sakinah (نْ) atau tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) dengan terang dan jelas tanpa dengung.

إِنْ هُوَ

Idgham Maal Ghunnah (إِدْغَامٌ مَعَ الْغُنَّةِ)

ي و م ن

Memasukkan sebutan nun sakinah (نْ) atau tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) ke dalam huruf selepasnya dan dibaca secara idgham beserta dengung.

مَن يَشَآءُ

Idgham Bila Ghunnah (إِدْغَامٌ بِلَا غُنَّةٌ)

ر ل

Memasukkan sebutan nun sakinah (نْ) atau tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) ke dalam huruf ra (ر) atau lam (ل) tanpa dengung. 

لَئِن لَّمْ يَنتَهِ

Iqlab (إِقْلَابٌ)

ب

Nun sakinah (نْ) ditukar kepada mim (م), diikhfa'kan mim (م) dengan mengekalkan dengung pada mim (م).

 مِنۢ بَقْلِهَا

Ikhfa Hakiki (الْإِخْفَاءُ الْحَقِيقِيُّ)

ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك

Menyebut nun sakinah (نْ) dan tanwin (ـًــ, ــٍــ, ــٌــ ) dengan cara bacaan antara izhar dengan idgham.

نَارًاذَاتَ

 

Mengenal Pasti Kalimah dan Potongan Ayat

  • Perdengarkan bacaan izhar halqi (إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ) kemudian minta murid mengikut bacaan guru sehingga betul.
  • Terangkan bahawa dalam rusm uthmani, nun sakinah (نْ) ditunjukkan tanda sukun hanya pada bacaan izhar halqi (إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ).
  • Latih tubi membaca kalimah dan potongan ayat, sehingga murid dapat membezakan dan membacanya dengan betul.

 

Membaca Kalimah dan Potongan Ayat

  • Perdengarkan bacaan izhar halqi (إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ) kemudian minta murid mengikut bacaan guru sehingga betul.
  • Terangkan bahawa dalam rusm uthmani, nun sakinah (نْ) ditunjukkan tanda sukun hanya pada bacaan izhar halqi (إِظْهَارٌ حَلْقِيٌّ).
  • Latih tubi membaca kalimah dan potongan ayat, sehingga murid dapat membezakan dan membacanya dengan betul.
  • Minta murid memberikan contoh-contoh lain bagi mengukuhkan kemahiran membaca Al-Quran lagi.
  • Bimbing murid membaca kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan ikhfa haqiqi  (الْإِخْفَاءُ الْحَقِيقِيُّ) dengan betul.
  • Lakukan aktiviti membaca kalimah dan potongan ayat secara individu dan berkumpulan. 
  • Guru memperbanyak contoh-contoh ayat yang mengandungi bacaan ikhfa haqiqi  (الْإِخْفَاءُ الْحَقِيقِيُّ) untuk dibaca oleh murid. 
  • Galakkan murid turus membantu rakan yang belum menguasai sehingga dapat membaca Surah Al-Alaq dan Surah Al-Zalzalah dengan bertajwid.