Al-Quran (Kefahaman Surah Al-Fatihah)

 

5

 Surah Al-Fatihah

 
 Gambar sebuah rajah:   الفاتحة   SURAH YANG PERTAMA (PEMBUKAAN)  SURAH YANG DITURUNKAN DI MEKAH  JUGA DIKENALI SEBAGAI UMMU KITAB

Pengenalan Surah Al-Fatihah

  • Surah Al-Fatihah ialah surah makkiah.
  • Surah ini mengandungi tujuh ayat.
  • Surah ini dinamakan Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan, kerana surah ini ialah surah yang pertama dalam Al-Quran.
  • Al-Fatihah juga dikenali sebagai ummu kitab.
  • Membaca surah Al-Fatihah adalah salah satu rukun solat, di mana ianya bermaksud kita membaca surah ini sebanyak 17 kali sehari semalam. 
  • Satu kerugian sekiranya kita membaca surah Al-Fatihah tanpa menghayati isi kandungan surah tersebut. 
 
 
 

Surah Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ۝ 
ٱلۡحَمۡدُلِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَــٰلَمِينَ ۝ 
ٱلرَّحۡمَــنِ ٱلرَّحِيمِ ۝ 
مَلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ۝ 
إِيَّــاكَ نَعۡبُدُوَإِيَّـــاكَ نَسۡتَعِينُ ۝  
ٱهۡدِنَاٱلصِّـــــرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ۝
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱﻟﻀَّﺂلِّينَ ۝

 

Pengertian Surah Al-Fatihah

 

Ayat

Pengertian

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ۝ 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

ٱلۡحَمۡدُلِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَــٰلَمِينَ ۝ 

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam.

ٱلرَّحۡمَــنِ ٱلرَّحِيمِ ۝ 

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ۝ 

Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat).

إِيَّــاكَ نَعۡبُدُوَإِيَّـــاكَ نَسۡتَعِينُ ۝  

Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. 

ٱهۡدِنَاٱلصِّـــــرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ۝

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. 

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱﻟﻀَّﺂلِّينَ ۝

Iaitu jalan orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. 
 
 

Isi Kandungan Surah Al-Fatihah

  • Ayat 1-4 : Puji-pujian kepada Allah dan membesarkan keagungan-Nya.
  • Ayat  5 : Ikrar mentauhidkan Allah.
  • Ayat 6-7 : Doa diberikan hidayah dan berada dijalan yang diredhai Allah.
 
 

Isi Kandungan

Pengajaran

Puji-pujian kepada Allah SWT dan membesarkan keagungan-Nya.

  • Memulakan suatu pekerjaan dengan basmalah
  • Sering mengucapkan Alhamdulillah
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Berkasih sayang sesama makhluk
  • Meraih pahala sebanyaknya
Ikrar mentauhidkan Allah SWT
  • Menunaikan solat
  • Memohon pertolongan hanya kepada Allah SWT
Doa diberikan hidayah dan berada dijalan yang diredhai Allah SWT
  • Belajar agama
  • Bersahabat dengan rakan yang baik
 
 

Kepentingan Mengamalkan Pengajaran Surah Al-Fatihah

  • Mengakui keagungan dan kebesaran Allah SWT
  • Berusaha melipatgandakan amalan
  • Membentuk akidah yang kukuh
  • Akhlak mulia diamalkan