Bacaan Lin

1.5  Bacaan Lin
 
  • Di dalam subtopik ini akan membincangkan maksud mad lin, cara bacaan mad lin dan contoh bacaan mad lin.
 
Mad Lin
 
Huruf wau dan ya' bertanda sukun dan sebelum kedua duanya bebaris di atas dan huruf selepasnya dibaca dengan sukun kerana berhenti bacaan padanya.
 
 
Keadaan Mad Lin

ـــــــــَـــــــــ وْ

 ـــــــــَـــــــــ  يْ

 
Cara Bacaan Mad Lin
 

Ketika waqaf, cara bacaannya lembut dan mempunyai 2/4/6 harakat.

Ketikal wasol, tidak boleh dibaca panjang dan hanya kekalkan sifat lin sahaja. 

 
 
Contoh Bacaan Mad Lin

  يَوْمِ /  صَوْتَ  /  قَوْلًا

  ـــــــــَـــــــــ  وْ

 غَيْرُ /  طَيْرًا /  عَلَيْهِمْ

 ـــــــــَـــــــــ  يْ