Istinjak

4.2  Istinjak
 
  • Dalam subtopik ini, akan membincangkan mengenai maksud istinjak, cara beristinjak, kelebihan istinjak dan adab beristinjak.
 
Maksud Istinjak
 

1. Istinjak ialah perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul dan dubur dengan menggunakan air atau benda benda kesat atau dengan kedua duanya sekali. 
2. Hukum istinjak adalah wajib

 
 
Cara Beristinjak
 

1. Jika menggunakan air,
- Gunakan tangan kiri ketika beristinjak
- Bersihkan qubul dan dubur dengan air mutlak

2. Jika menggunakan benda kesat,
- Sapu qubul dan dubur tigak kali sapuan dengan menggunakan benda benda kesat yang bersih dan kering pada setiap sapuan.
- Jika menggunakan benda kesat dan air, gunakan benda kesat terlebih dahulu, diikuti dengan air.

 
 
Kelebihan Istinjak 
 

1. Ibadat solat diterima 
2. Kesihatan terpelihara
3. Terhindar daripada penyakit
4. Dikasihi Allah

 
 
Adab Beristinjak
 

1. Adab sebelum qada hajat
- Tidak membawa nama Allah
- Memakai alas kaki
-  Menutup kepala
- Membaca doa masuk tandas (بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِث ) 
- Melangkah masuk dengan kaki kiri

2. Adab semasa qada hajat
- Tidak bercakap, makan atau minum
- Tidak membuang air merata rata

3. Adab selepas qada hajat
- Membaca doa keluar tandas ( الْحَمْدُ لِِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي اْلأَذَى وَعَافَانِي)
-Melangkah keluar dengan kaki kanan