Air Mutlak dan Kegunannya

 
4.1  Air Mutlak dan Kegunannya
 
  • Dalam subtopik ini, akan membincangkan mengenai bahagian bahagian air beserta maksud air, kegunaan air mutlak, jenis jenis air mutlak beserta adab menggunakan air.
 
Air mempunyai 4 bahagian iaitu
 

1. Air Mutlak
- Air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya sebahagaimana yang diciptakan Allah

2. Air Musyammas
- Air dalam bekas yang boleh berkarat dan terdedah dibawah matahari yang sangat terik dinegara yang bercuaca panas. 
- Makruh menggunakannya pada tubuh badan

3. Air Musta'mal
- Air yang telah digunankan untuk berwuduk atau mandi wajib. 
- Kadar airnya adalah kurang daripada 2 kolah serta tidak berubah salah satu sifat air (bau, warna dan rasa)

4. Air Mutanajis
- Air kurang dua kolah dan dimasuki najis kedalam walaupun tidak mengubah sifat air.
atau
- Air lebih 2 kolah dan dimasuki najis kedalam dan mengubah sifat air. 

 
 
Kegunaan Air Mutlak
 

1. Air multlak digunakan untuk mandi, berwuduk, dan menghilangkan najis.
2. Air mutlak digunakan untuk membasuh dan memasak.

 
 
Jenis Jenis Air Mutlak
 

1. Salji
2. Air embun
3. Air sungai
4. Air mata air
5. Air laut
6. Air perigi

 
 
Adab Menggunakan Air
 

1. Menutup paip selepas digunakan 
2. Menggunakan air mengikut keperluan
2. Tidak membuang sampah kedalam laut dan sungai