Tolak dalam lingkungan 100

2.3  Tolak dalam lingkungan 100
  Perkataan kunci untuk operasi tolak (-)  
 
  • Cari beza
  • Cari hasil tolak
  • ...yang tinggal
  • Cari baki 
 
 

Ada pelbagai kaedah untuk menyelesaikan operasi tolak yang sesuai bagi nombor hingga 100

  • Kaedah bilang ke belakang
  • Menggunakan bentuk lazim
 
Contoh soalan dan penyelesaian operasi tolak

Siti ada 6 guli. Siti beri 2 guli kepada Amir. Berapa guli Siti yang tinggal?

Ayat matematik: \(6 - 2=4\)

Bilang ke belakang

 Hitung kembali 2 langkah dari 6

6, 5, 4

 Jumlah guli Siti yang tinggal ialah 4 biji.

Menggunakan bentuk lazim

Kita selesaikan masalah tolak ini dengan menolak nombor iaitu \(6 - 2\), yang mana kita akan dapat \(4\).

Kemudian, jika ada nombor-nombor di sebelah kiri, teruskan menolak seperti mula-mula tadi.

Kita tulis jawapannya seperti di bawah.

\(\begin {array}{rr} \space\space6\\-\quad\space\space2\\\hline \space\space4 \\\hline \end {array}\)