Penyelesaian Masalah

5.4 Penyelesaian Masalah
 
PANJANG
PENAMBAHAN

Tarmizi lukis \(3\) garis lurus dengan panjang \(12\text{ cm }4\text{ mm}\)\(8\text{ cm }6\text{ mm}\) dan \(15\text{ cm }9\text{ mm}\) . Berapakah jumlah panjang ketiga-tiga garis tersebut?

PENYELESAIAN:

\(\begin{aligned} 12\,\text{cm}\;4\,\text{mm}\\8\,\text{cm}\;6\,\text{mm}\\ \underline{+\;15\,\text{cm}\;9\,\text{mm}}\\ 35\,\text{cm}\;19\,\text{mm} \\\hline\end{aligned}\)


\(\color{orange}1\text{ cm}=10\text{ mm}\)
\(35\text{ cm }19\text{ mm}\rightarrow\color{blue}{36}\text{ cm }\color{red}9\text{ mm}\)

Kesimpulannya, jumlah panjang ketiga-tiga garis ialah \({36}\text{ cm }9\text{ mm}\).

PENOLAKAN

Jarak antara rumah Arvin dan rumah Bunga adalah \(12\text{ km }18\text{ m}\). Jarak antara rumah Arvin dan rumah Chong adalah \(5\text{ km }30\text{ m}\) kurang daripada jarak rumah Arvin dan rumah Bunga. Cari jarak antara rumah Arvin dan rumah Chong.

PENYELESAIAN:
Jarak antara rumah Arvin dan rumah Bunga: \(12\text{ km }18\text{ m}\)
Jarak antara rumah Arvin dan rumah Chong: \(12\text{ km }18\text{ m}-5\text{ km }30\text{ m}\)

\(\color{orange}1\text{ km}=1000\text{ m}\)
   \(12\text{ km }18\text{ m}-5\text{ km }30\text{ m}\)
\(11\text{ km }1018\text{ m}-5\text{ km }30\text{ m}\)
\(6\text{ km }988\text{ m}\)

Kesimpulannya, jarak antara rumah Arvin dan rumah Chong ialah \(6\text{ km }988\text{ m}\).

PENDARABAN

Sebuah buku latihan mempunyai ketebalan \(2\text{ cm }5\text{ mm}\) . Sebuah buku teks mempunyai ketebalan \(5\) kali ganda lebih tebal daripada buku latihan. Cari ketebalan buku teks tersebut.

PENYELESAIAN:
Tebal buku latihan: \(2\text{ cm }5\text{ mm}\)
Tebal buku teks: \(5\times\text{tebal buku latihan}\)

   \(5\times2\text{ cm }5\text{ mm}\)
\(10\text{ cm }25\text{ mm}\)

\(\color{orange}1\text{ cm}=10\text{ mm}\)
\(10\text{ cm }25\text{ mm}\rightarrow\color{blue}{12}\text{ cm }\color{red}5\text{ mm}\)

Kesimpulannya, tebal buku teks ialah \({12}\text{ cm }5\text{ mm}\).

PEMBAHAGIAN

Larian Kemerdekaan sejauh \(10\text{ km }500\text{ m}\) akan diadakan sempena Hari Kemerdekaan. \(4\) orang pelari perlu berlari membawa Jalur Gemilang dengan jarak larian yang sama. Berapakah jarak,dalam \(\text{m}\), yang dilalui oleh seorang pelari?

PENYELESAIAN:
Jarak larian: \(10\text{ km }500\text{ m}\)
Bilangan pelari: \(4\) orang
Jarak yang dilalui setiap pelari: \(10\text{ km }500\text{ m}\div4=\fbox{\color{white}1\,\,\,\,\,\,\,\,\,\,}\text{ m}\)

\(10\text{ km }500\text{ m}\rightarrow(10\times1\,000)+500\text{ m}=10\,500\text{ km}\)

\(10\,500\text{ m}\div4=2\,625\text{ m}\)

Kesimpulannya, jarak yang dilalui setiap pelari ialah \(2\,625\text{ m}\).

   
JISIM

PENAMBAHAN
&
PENOLAKAN

Sebungkus kacang berjisim \(3\text{ kg }620\text{ g}\) . Sepapan telur berjisim \(640\text{ g}\). Sebungkus snek berjisim \(980\text{ g}\) kurang daripada jumlah jisim sebungkus kacang dan sepapn telur. Berepakah jisim bungkusan snek tersebut?

PENYELESAIAN:
Jisim kacang: \(3\text{ kg }620\text{ g}\rightarrow3\,620\text{ g}\)
Jisim telur: \(640\text{ g}\)
Jisim snek: (Jisim kacang + Jisim telur) - \(980\text{ g}\)

\(3\,620\text{ g}+640\text{ g}-980\text{ g}=3\,280\text{ g}\)

Tukar kepada kg dan g.
\(3\,280\text{ g}\rightarrow3\text{ kg }280\text{ g}\)

Kesimpulannya, jisim snek ialah \(3\text{ kg }280\text{ g}\).

PENDARABAN
&
PEMBAHAGIAN

\(5\) kotak biskut mempunyai jumlah jisim \(5\text{ kg }20\text{ g}\) . Cari jumlah jisim bagi \(3\) kotak biskut.

PENYELESAIAN:
Tukar kepada kg dan g.
Jumlah jisim \(5\) kotak biskut: \(5\text{ kg }20\text{ g}\rightarrow5\,020\text{ g}\)

Jisim \(1\) kotak biskut: \(5\,020\text{ g}\div5=1\,004\text{ g}\)
Jisim \(3\) kotak biskut: Jisim \(1\) kotak biskut \(\times3\)

Tukar kepada kg dan g.
\(1\,004\text{ g}\times3=3\,012\text{ g}\rightarrow3\text{ kg }12\text{ g}\)

Kesimpulannya, jumlah jisim \(3\) kotak biskut ialah \(3\text{ kg }12\text{ g}\).

 
ISIPADU CECAIR
PENAMBAHAN
&
PENOLAKAN

Azmi mempunyai \(18\,\ell\,50\,\text{m}\ell\) air soya. Dia berikan \(16\,\ell\,180\,\text{m}\ell\) kepada jiran-jirannya. Selepas itu, dia menambah stok air soyanya sebanyak \(12\,\ell\) . Berapakah isi padu akhir air soya, dalam \(\ell\) dan \(\text{m}\ell\), yang ada pada Azmi?

PENYELESAIAN:
Isipadu awal air soya pada Azmi: \(18\,\ell\,50\,\text{m}\ell\)
Isipadu air soya yang diberi: \(16\,\ell\,180\,\text{m}\ell\)
Isipadu air soya yang ditambah: \(12\,\ell\)

\(18\,\ell\,50\,\text{m}\ell-16\,\ell\,180\,\text{m}\ell+12\,\ell=\fbox{\color{white}1}\,\ell\,\fbox{\color{white}1}\,\text{m}\ell\)

     \(18\,\ell\,50\,\text{m}\ell-16\,\ell\,180\,\text{m}\ell+12\,\ell\)
\(=17\,\ell\,1050\,\text{m}\ell-16\,\ell\,180\,\text{m}\ell+12\,\ell\)
\(=1\,\ell\,870\,\text{m}\ell+12\,\ell\)
\(=13\,\ell\,870\,\text{m}\ell\)

Kesimpulannya, isipadu akhir air soya yang ada pada Azmi ialah \(13\,\ell\,870\,\text{m}\ell\)

PENDARABAN
&
PEMBAHAGIAN

lsi padu cat dari sebuah bekas dituang sama banyak ke dalam \(9\) tin kecil. Didapati isi padu cat bagi \(2\) tin kecil ialah \(2\,\ell\,700\,\text{m}\ell\) . Hitung isi padu cat dalam bekas yang asal.

PENYELESAIAN:
Isipadu cat dalam \(2\) tin kecil: \(2\,\ell\,700\,\text{m}\ell\)
Isipadu asal cat: \(9\times\text{Isipadu 1 tin kecil}\)

Isipadu \(1\) tin kecil: \(2\,\ell\,700\,\text{m}\ell\div2=1\,\ell\,350\,\text{m}\ell\)
Isipadu asal cat: \(9\times1\,\ell\,350\,\text{m}\ell=9\,\ell\,3150\,\text{m}\ell\rightarrow\color{blue}12\,\ell\,\color{red}150\,\text{m}\ell\)

Kesimpulannya, isipadu awal cat ialah \(12\,\ell\,150\,\text{m}\ell\).