SITUASI:
Ali membaca 9 halaman buku cerita pada hari Isnin. Pada hari Selasa, dia membaca beberapa halaman lagi. Jumlah halaman yang dia telah baca ialah 20 halaman.
Bilangan halaman yang Ali baca pada hari Selasa ialah anu.
PENYELESAIAN:
Hari Isnin: 9 halaman
Hari Selasa: \(x\) halaman
Jumlah Halaman: 20 halaman
Jika ditukarkan kepada operasi matematik, kita akan dapat \(9 + x = 20\).
Untuk dapatkan \(x\), kita akan tolak 9 daripada kedua-dua belah persamaan.
\(9 \color{red}- \color{red}9 +x = 20 \color{red}- \color{red}9\)
\(x = 11\)
Maka, \(x\) ialah 11.
Ali mengumpul setem. Dia beri 12 keping setem kepada adiknya. Ali kini mempunyai 38 setem.
Bilangan stem yang Ali kumpul ialah anu.
Setem yang dikumpul Ali: \(y\) keping
Setem yang Ali beri kepada adiknya: 12 keping
Setem pada Ali selepas beri pada adiknya: 38 keping
Jika ditukarkan kepada operasi matematik, kita akan dapat \(y - 12 = 38\).
Untuk dapatkan \(y\), kita akan tambah 12 pada kedua-dua belah persamaan.
\(y -12 \color{red}+\color{red}1\color{red}2 = 38 \color{red}+\color{red}1\color{red}2\)
\(y = 50\)
Maka, \(y\) ialah 50.
Tebus ganjaran untuk meghargai kerja keras anda
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.