Imbuhan ialah proses penambahan pada kata dasar. Imbuhan terbahagi kepada dua jenis iaitu: Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran 10.1 Imbuhan Awalan Imbuhan awalan merujuk kepada penambahan ilmu di hadapan suatu kata dasar. Contoh imbuhan awalan ialah: Imbuhan Awalan Contoh Perkataan Contoh Ayat ber- ber + kebun = berkebun Datuk sedang berkebun. mem- mem + basuh = membasuh Ramli membasuh pakaian di dobi. pen- pen + toreh = penoreh Pak Karim bekerja sebagai penoreh getah. di- di + sepak = disepak Bola itu disepak Haikal. pem- pem + bantu = pembantu Pembantu klinik itu berpakain putih. me- me + masak = memasak Ibu sedang memasak di dapur. ter- ter + pilih = terpilih Shahril terpilih sebagai pelajar cemerlang. 10.2 Imbuhan Akhiran Imbuhan akhiran merujuk kepada penambahan imbuhan di belakang suatu kata dasar. Contoh imbuhan akhiran ialah: Imbuhan Akhiran Contoh Perkataan Contoh Ayat -an lukis + an Lukisan itu sangat cantik. -i sudah + i = sudahi Saya sudahi ucapan ini dengan terima kasih. -kan kemas + kan = kemaskan Tolong kemaskan bilik adik. -wan juta + wan = jutawan Jutawan itu sangat kaya. -man budaya + man = budayaman Azah Aziz merupakan budayawan yang terkenal. -wati olahraga + wati = olahragawati Olahragawati itu menang pingat emas. -ita biduan + ita = biduanita Misha Omar seorang biduanita yang terkenal.