Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat Tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah atau Ayat Seruan.
Pembentukan Ayat Tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Frasa Nama sebagai Subjek.
Contoh:
a) Muhammad Asyraf mahasiswa universiti.
b) Peria itu pahit.
Kata Ganti Nama Diri sebagai Subjek.
a) Dia anak bongsu.
b) Beliau merupakan pegawai yang tidak beradab itu.
Kata Kerja sebagai Subjek.
a) Bermain gitar ialah hobi Syarifah.
b) Mencuri perbuatan yang salah.
Kata Adjektif sebagai Subjek.
a) Cergas bermakna badan sihat.
b) Bersenam dapat menyihatkan badan.
Frasa Nama sebagai Predikat.
a) Encik Hanafiah pegawai polis.
b) Kakaknya seorang doktor haiwan.
Frasa Kerja sebagai Predikat.
a) Dia makan shwarma ayam.
b) Adik tidur.
Frasa Adjektif sebagai Predikat.
a) Keropok itu sudah lemau.
b) Azhar sangat bijak.
Frasa Sendi Nama sebagai Predikat.
a) Buku itu untuk adik.
b) Wajahnya seperti penyanyi terkenal itu.
Live class daily with celebrity tutors
There is something wrong with this question.