5.16
| Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. | ||
|
||
|
Ayat Majmuk |
Kata Hubung |
Ayat Tunggal |
| Widuri suka makan nasi lemak dan mi sup. | dan |
(a) Widuri suka makan nasi lemak. (b) Widuri suka makan mi sup. |
| Rumah yang besar itu rumah Rahim. | yang |
(a) Rumah itu besar. (b) Rumah itu rumah Rahim. |
| Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. | bahawa |
(a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. |
| Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang. | apabila |
(a) Dia akan balik ke kampung. (b) Dia ada masa lapang. |