17: Kata Perintah

17 Kata Perintah 
 
Kata Perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
 
11.1  Kata Perintah

 

  • Kata Perintah digunakan untuk memberikan suatu perintah.
  • Contoh Kata Perintah adalah seperti :-
     Kata Perintah  Penggunaan
    Jangan Melarang melakukan sesuatu 
    Usah Jangan melakukan sesuatu
    Sila  Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu
    Jemput  Mengajak atau mengundang
    Minta  Mahu akan sesuatu
    Tolong Meminta bantuan 
    Harap Meminta supaya terjadi sesuatu perkara