14: Kata Ganti Nama

14 Kata Ganti Nama 
 
DEFINISI
  • Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.
  • Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
    • Kata Ganti Nama Diri Pertama
    • Kata Ganti Nama Diri Kedua
    • Kata Ganti Nama Diri Ketiga
 
Kata Ganti Nama Diri Pertama 
  • Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
  • Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama:
     Kata Ganti Nama Diri Pertama  Penggunaan
     Aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
    Saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi.
    Hamba  Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
    Patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
     Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
    Kami Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
    Kita Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
 
Kata Ganti Nama Diri Kedua 
 
  • Kata Ganti Diri Kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
  • Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua:
    Kata Ganti Nama Diri Kedua  Penggunaan
    Anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
    Awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
    Engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan Tuhan juga.
    Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
    Kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
    Kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
 
Kata Ganti Nama Diri Ketiga 
 
  • Kata Ganti Diri Ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

  • Contoh Kata Ganti Diri Ketiga:
    Kata Ganti Diri Ketiga  Penggunaan
    Baginda Digunakan untuk raja dan sultan
    Beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibubapa, guru atau pemimpin
    Dia dan Ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
    Mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang