| Penggunaan | Contoh Ayat | 
					
						| Kepada / Akan / Terhadap | 
					
						| Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. | Devi suka akan rambutan. | 
					
						| Di | 
					
						| Digunakan untuk tempat. | Pertandingan itu diadakan di Taiping. | 
					
						| Daripada | 
					
						| Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. | Surat itu saya terima daripada Yatie. | 
					
						| Dari | 
					
						| Digunakan untuk tempat, arah atau masa. | Bola itu ditendang dari penjuru padang. | 
					
						| Bagi / Untuk | 
					
						| Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. | Hadiah ini adalah untukmu. | 
					
						| Dengan | 
					
						| Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. | Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. | 
					
						| Seperti / Seumpama / Laksanabagai | 
					
						| Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. | Suaranya merdu seperti/ umpama/ laksana/ bagai buluh perindu. | 
					
						| Dalam / Antara | 
					
						| Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. | Dalam hal ini, kita semua setuju. | 
					
						| Ke | 
					
						| Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. | Mereka akan ke Ipoh esok. | 
					
						| Pada | 
					
						| Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. | Tiket bas itu ada pada Hanim. | 
					
						| Demi | 
					
						| Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan. | Demi kepentingan bersama, marilah kita  berdamai. | 
					
						| Tentang | 
					
						| Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan. | Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. | 
					
						| Sejak / Semenjak | 
					
						| Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. | Riesa sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. | 
					
						| Oleh | 
					
						| Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- | Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. | 
					
						| Hingga / Sampai | 
					
						| Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. | Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. |