|
|
|
- Data merupakan fakta yang telah terjadi, memiliki makna dan dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti proses penyelesaian masalah.
- Maklumat pula merupakan data yang telah diolah atau diproses untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya dalam proses penyelesaian masalah.
- Proses penukarkan data kepada maklumat adalah seperti berikut:
- Mengumpul
- Memproses
- Menganalisis
|
|
Maksud dan Penggunaan:(i)Pangkalan Data (ii)Structured Query Language (SQL)
|
|
Pangkalan Data
|
|
- Pangkalan data ialah ruang penyimpanan dan pungumpulan data secara berpusat bagi sistem maklumat komputer.
- Data yang disimpan dalam pangkalan data tanpa ada pengulangan data untuk memudahkan proses pengemaskinian.
- Terdapat dua jenis pengurusan data berkomputer iaitu:
- Sistem fail: pengurusan data secara manual dan sistem fail elektronik
- Sistem pangkalan data: merupakan sistem bersepadu untuk pengurusan data yang saling berhubung kait.
|
|
Sistem fail
secara manual
|
Sistem fail
secara elektronik
|
- Data disimpan dalam fail kertas
- Fail kertas tersebut disimpan dalam rak
- Pengguna mengambil masa untuk gunakan
- Sukar untuk kemaskini rekod
- Memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan
|
- Perlu gunakan komputer
- Data direkod dalam fail computer
- Data akan disimpan dalam storan komputer
- Rekod senang untuk dikemaskini
- Perlukan masa yang singkat untuk mencapainya
|
|
|
Kelemahan-kelemahan sistem fail adalah seperti berikut:
- Tidak boleh dicapai secara serentak oleh ramai orang
- Tiada jaminan untuk keselamatan data
- Wujud pengulangan data
- Sukar untuk berkongsi data
|
|
|
|
Structured Query Language (SQL)
|
|
- Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan melalui penggunaan bahasa pengaturcaraan SQL.
- SQL ialah bahasa pengaturcaraan aras tinggi generasi ke-4.
- SQL menggunakan arahan-arahan yang mudah untuk difahami.
- SQL digunakan untuk menyimpan, manipulasi dan mendapatkan data dari pangkalan data.
|
|
Entiti dan atribut
|
|
- Entiti adalah suatu konsep dalam dunia nyata yang boleh dikenalpasti kewujudannya melalui sifat-sifat tertentu yang unik.
- Entiti adalah objek yang menjadi sumber data.
- Ciri-ciri entiti adalah seperti berikut:
- Terdiri daripada kumpulan objek yang sama jenis
- Ciri-ciri unik bagi sesuatu objek
- Berdasarkan persekitaran objek
- Mempunyai data yang boleh dikumpul dan disimpan
- Simbol segi empat dalam rajah hubungan entiti
- Atribut adalah sifat yang memperihalkan sesuatu entiti.
- Setiap ahli dalam suatu entiti akan mempunyai atribut yang sama akan tetapi nilainya adalah unik untuk dirinya sendiri
- Dalam gambar rajah hubungan entiti, atribut disimbolkan oleh bulatan bujur dengan nama atribut ditulis di dalamnya dan disambung ke entiti dengan garis pautan
- Ciri-ciri atribut adalah seperti berikut:
- Menerangkan ciri-ciri entity
- Mempunyai satu atau lebih ciri-ciri entity
- Merupakan lajur dalam jadual pangkalan data
- Berbentuk bulatan bujur dalam ERD
|
|
Kekunci primer dan kekunci asing
|
|
- Terdapat dua jenis kekunci dalam pangkalan data iaitu:
- Kekunci Primer
- Kekunci Asing
- Berikut adalah ciri-ciri kekunci primer dan kekunci asing.
|
|
|
|
- Kepentingan kunci primer ialah:
- Untuk memelihara integriti data
- Untuk mengelakkan pertindihan antara rekod baru dan lama
- Untuk menjimatkan ruang storan
- Untuk memberi nilai unik bagi simpanan data
- Kekunci primer selalu terletak pada medan pertama bahagian sebelah kiri dalam jadual, manakala kekunci asing terletak pada medan kedua selepas kekunci primer
|
|
Kekardinalan (cardinality) antara entiti dalam hubungan: (i) one to one (1:1) dan (ii) one to many (1:M)
|
|
- Kekardinalan merujuk kepada perhubungan antara entiti-entiti dalam suatu pangkalan data.
- Terdapat tiga jenis kekardinalan iaitu:
- Satu ke satu (1:1)
- Satu entiti berhubung dengan hanya satu entiti yang lain dan sebaliknya
- Satu ke banyak (1:M)
- Satu entiti mempunyai hubungan dengan satu atau lebih entiti yang lain
- Banyak ke banyak (M:N)
- Satu atau lebih entiti berhubungan dengan satu atau lebih entiti
- Dalam gambar rajah hubungan entiti, hubungan di lukis dengan menggunakan simbol rombus.
- Di dalam simbol tersebut di tulis kata kerja yang dapat menghubungkan dua entiti.
|
|
4.1.5 Membina pangkalan data yang terdiri daripada: (i) entiti (table)
(ii) atribut (field) dan (iii) hubungan
- Pangkalan data dibina dengan menggunakan perisian sistem pengurusan pangkalan data atau lebih dikenali sebagai DBMS (Database Management System)
- Perisian DBMS dilengkapi dengan pelbagai alat perisian bagi memudahkan pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan pangkalan data hubungan
- Pangkalan data dalam perisian DBMS mempunyai objek-objek berikut:
- Pangkalan data dibina berdasarkan beberapa langkah seperti berikut:
- Langkah 1: Tentukan tujuan pembinaan pangkalan data
- Langkah 2: Menentukan entiti yang diperlukan
- Langkah 3: Menentukan atribut yang diperlukan
- Langkah 4: Menentukan hubungan dan kekardinalan yang diperlukan
- Langkah 5 : Menghasilkan pangkalan data
(i) Membina pangkalan data yang terdiri daripada entiti (table)
- Tujuan jadual (table) digunakan untuk menyimpan data bagi sesuatu entiti
- Langkah-langkah untuk membina jadual adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Lancarkan perisian aplikasi Microsoft Access dan pilih pangkalan data yang kosong
- Langkah 2- Klik ikon folder untuk pilih lokasi simpanan pangkalan data
- Langkah 3- Bina satu folder baharu bernama PANGKALAN DATA dalam Documents computer dan namakan fail itu sebagai TUGASAN1 dan klik OK
- Langkah 4- Klik Create untuk membina pangkalan data TUGASAN1
- Langkah 5- Klik ikon view
- Langkah 6- Ubahkan nama Table1 kepada MURID dan klik OK
(ii) Membina pangkalan data yang terdiri daripada atribut (field)
- Dalam langkah ini, medan-medan dicipta untuk mewakili atribut-atribut bagi entity
- Jenis data yang bersesuaian bagi setiap medan (atribut) perlu ditetapkan
- Jenis data yang boleh ditetapkan dalam perisian aplikasi Microsoft Access adalah seperti berikut:
- AutoNumber- Menjana pembilang secara automatik dalam susunan menaik
- Text atau Short Text- Panjang yang terhad kepada maksimum 255 aksara sahaja
- Memo/Long Text- Boleh menyimpan teks sehingga satu Gigabait
- Number- Hanya menyimpan nilai angka
- Date atau Time- Nilai tarikh dan masa bagi tahun bermula daripada 100 hingga 9999
- Langkah-langkah untuk mencipta medan-medan bagi jadual (entiti) adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Klik ikon View dan pilih Design View. Kemudian, masukkan nama medan dan jenis data
- Langkah 2- Medan-medan bagi atribut-atribut lain boleh dicipta dengan menaip nama atribut yang dikehendaki pada ruangan Field Name pada baris seterusnya manakala jenis data boleh dipilih daripada senarai yang telah disediakan
- Langkah-langkah menetapkan kekunci primer adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Pilih atribut yang mempunyai nilai-nilai unik sebagai kekunci primer
- Langkah 2- Klik pada nama medan yang berpadanan dengan atribut ini
- Langkah 3- Klik Primary Key
- Langkah-langkah membina jadual (table) yang seterusnya adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Bina satu jadual baharu dengan klik Create di bar menu
- Langkah 2- Klik ikon Table
- Langkah 3- Klik View dan pilih Design View
- Langkah 4-Tetingkap Save As akan dipaparkan
- Langkah 5- Namakan jadual ini sebagai MARKAH dan klik OK
(iii) Membina pangkalan data yang terdiri daripada hubungan
- Langkah-langkah untuk membina hubungan adalah seperti berikut:
- Langkah 1-Klik Database Tools di bar menu & kemudian, klik Relationships
- Langkah 2- Klik Show Table dan pilih jadual MURID dan klik Add. Kemudian, pilih jadual MARKAH dan klik Add
- Langkah 3- Klik dan seret tetikus daripada atribut ID_Murid pada entiti MURID sehingga menyentuh atribut ID_Murid pada entiti MARKAH. Tetingkap Edit Relationships akan dipaparkan
- Langkah 4- Dalam tetingkap Edit Relationships, klik petak Enforce Referential Integrity bagi membolehkan hubungan kekardinalan one to many (1:M) dipaparkan. Kemudian, klik Create
- Langkah-langkah memasukkan data ke dalam jadual adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Klik View dan pilih Datasheet View
- Langkah 2- Setelah Datasheet View dibuka, data-data boleh dimasukkan bagi semua medan untuk jadual MURID dan jadual MARKAH
|
|
|
|
4.1.6 Menghasilkan borang (form) dan memasukkan data dalam jadual melalui
borang bagi pangkalan data yang telah dibina
- Borang (form) digunakan untuk menyusun dan mengurus rekod-rekod dalam pangkalan data dengan lebih efisien
- Pengguna dapat memasukkan dan mengubah suai data dengan mudah melalui penggunaan borang
- Borang berfungsi sebagai antara muka pengguna yang interaktif
- Terdapat dua cara untuk memasukkan data ke dalam pangkalan data, iaitu secara langsung ke dalam jadual atau melalui borang.
- Langkah-langkah untuk menghasilkan borang dengan menggunakan pangkalan data adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Buka pangkalan data TUGASAN1. Pada menu bar, pada tab Create. Kemudian, klik Form Wizard
- Langkah 2- Tetingkap Form Wizard akan dipaparkan. Pilih jadual MURID dan klik butang >> untuk memilih semua medan yang ada dalam jadual
- Langkah 3- Klik Next untuk ke langkah yang seterusnya
- Langkah 4- Klik butang radio Columnar untuk memilih susun atur Columnar. Kemudian, klik Next
- Langkah 5- Namakan borang sebagai BORANG MURID dengan menaip pada ruangan yang disediakan. Kemudian, klik Finish
- Langkah-langkah membina borang daripada jadual adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Buka pangkalan data TUGASAN1. Pada menu bar, klik pada tab Create. Kemudian, klik Form Wizard
- Langkah 2- Tetingkap Form Wizard akan dipaparkan. Pilih jadual MURID dan klik butang >> untuk memilih semua medan yang ada dalam jadual. Kemudian, pilih jadual MARKAH dan klik butang >>
- Langkah 3- Pilih Form with subform(s). Kemudian, klik Next
- Langkah 4- Terdapat dua pilihan susun atur untuk subform iaitu Tabular dan Datasheet. Klik pada butang radio Datasheet untuk memilih susun atur Datasheet. Kemudian, klik Next
- Langkah 5- Namakan Borang Murid dan Borang Markah (Subform). Kemudian, klik Finish
- Langkah-langkah untuk memasukkan data ke dalam jadual-jadual melalui borang-borang dengan menggunakan fungsi penambahan rekod adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Klik ikon di bahagian bawah borang
- Langkah 2- Borang kosong akan dipaparkan
- Langkah 3- Mula masukkan data murid dan data markah ke dalam ruangan kosong
|
|
4.1.7 Menggunakan arahan SQL yang melibatkan: (i) SELECT…
(ii) SELECT…WHERE & (iii) SELECT…ORDER BY
- Perisian aplikasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menggunakan arahan SQL untuk mencapai data dari rekod yang disimpan dalam pangkalan
- SQL mempunyai sintaks tertentu yang mesti diikuti semasa digunakan
- Sintaks merupakan set peraturan yang menetapkan set perintah yang boleh digunakan dan cara-cara menulis perintah-perintah dalam bentuk ayat agar boleh difahami dan dilaksanakan oleh perisian aplikasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
Menggunakan arahan SQL yang melibatkan: (i) SELECT…
- Pernyataan SELECT membenarkan pengguna untuk memilih atribut-atribut yang dikehendaki dari pangkalan data
- Pernyataan FROM membenarkan pengguna memilih entiti bagi atribut-atribut yang telah dipilih dalam pernyataan SELECT
- Pernyataan FROM secara spesifik menyatakan nama entiti yang digunakan untuk capaian data
- Pernyataan SELECT…FROM memulangkan nilai-nilai daripada atribut yang telah dipilih berdasarkan entiti yang telah ditetapkan
- Pernyataan SELECT * FROM pula akan mencapai data bagi semua atribut yang terdapat dalam entiti yang telah ditetapkan
Menggunakan arahan SQL yang melibatkan: (ii) SELECT…WHERE
- Pernyataan SELECT…WHERE hampir sama dengan pernyataan SELECT…FROM
- Perbezaan utama ialah pernyataan SELECT…WHERE mencapai data-data yang tertentu yang memenuhi sesuatu kriteria sahaja supaya data yang dicapai lebih khusus
Menggunakan arahan SQL yang melibatkan: (iii) SELECT…ORDER BY
- Pernyataan SELECT…ORDER BY membolehkan pengguna mengisih data yang dicapai mengikut susunan menaik (ASC) atau susunan menurun (DESC) berdasarkan satu atau lebih daripada satu medan isihan
- Sekiranya ASC ditaip, rekod-rekod yang dicapai akan diisih secara menaik mengikut susunan abjad A-Z berdasarkan medan isihan
- Jika DESC ditaip, maka rekod-rekod akan diisih mengikut susunan abjad Z-A berdasarkan medan isihan
- Langkah-langkah menghasilkan pertanyaan (query) dengan menggunakan SQL adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Klik Create di bar Menu, kemudian klik Query Design
- Langkah 2- Pilih entiti MURID dan klik Add
- Langkah 3- Jadual MURID telah ditambah
- Langkah 4- Klik View dan pilih SQL View
- Langkah 5- Taip SELECT * FROM MURID dalam Query1. Kemudian klik Run
- Langkah 6- Data yang dicapai akan terpapar dalam Query1. Halakan kursor tetikus pada perkataan Query1 dan klik kanan, kemudian klik Save
- Langkah 7- Tetingkap Save As terpapar. Tukarkan nama Query1 kepada PERTANYAAN 1 dan klik OK
- Langkah 8- Paparan query SELECT * yang telah disimpan dan paparan data yang dicapai akan ditunjukkan
|
|
4.1.8 Menggunakan arahan SQL melibatkan ungkapan Boolean (i) Operator OR
& (ii) Operator AND
- Operator logik digunakan untuk menggabungkan dua atau lebih kriteria bagi menghasilkan satu ungkapan Boolean
- Operator OR dan operator AND ialah dua operator logik yang paling kerap digunakan
- Ungkapan boolean akan memberi nilai BENAR atau PALSU
- Penggunaan operator logik dalam arahan SQL membenarkan pelbagai syarat digabungkan untuk menghasilkan pertanyaan yang lebih kompleks untuk mencapai data yang dikehendaki
(i) Operator logik OR
- Ungkapan X OR Y akan dihasilkan apabila operator OR digunakan untuk menggabungkan dua kriteria X dan Y
- Nilai boolean BENAR akan dipulangkan jika salah satu kriteria X atau Y adalah benar
- Jadual kebenaran OR adalah seperti berikut:
X
|
Y
|
X OR Y
|
BENAR
|
BENAR
|
BENAR
|
BENAR
|
PALSU
|
BENAR
|
PALSU
|
BENAR
|
BENAR
|
PALSU
|
PALSU
|
PALSU
|
- Operator OR digunakan untuk menggabungkan pelbagai kriteria atau syarat yang ditetapkan dalam klausa WHERE
(ii) Operator logik AND
- Ungkapan X AND Y akan dihasilkan apabila operator logik AND digunakan untuk menggabung dua kriteria X dengan Y
- Nilai boolean BENAR akan dipulangkan hanya apabila kedua-dua kriteria X dan Y adalah BENAR
- Jadual kebenaran AND adalah seperti berikut:
X
|
Y
|
X AND Y
|
BENAR
|
BENAR
|
BENAR
|
BENAR
|
PALSU
|
PALSU
|
PALSU
|
BENAR
|
PALSU
|
PALSU
|
PALSU
|
PALSU
|
- Operator AND digunakan untuk untuk mendapatkan data yang memenuhi kedua-dua kriteria yang dinyatakan dalam klausa WHERE
|
|
4.1.9 Menjana laporan berdasarkan hasil pertanyaan (query)
- Laporan boleh dihasilkan berdasarkan maklumat daripada satu jadual atau daripada beberapa jadual
- Sekiranya maklumat tersebut adalah daripada beberapa jadual, pengguna perlu menghasilkan pertanyaan (query) untuk mencapai maklumat yang dikehendaki terlebih dahulu
- Langkah-langkah menjana laporan dengan menggunakan Report Wizard adalah seperti berikut:
- Langkah 1- Klik Create pada menu bar. Kemudian, klik Report Wizard
- Langkah 2- Paparan tetingkap Report Wizard akan muncul. Pilih jadual atau query yang digunakan untuk menghasilkan laporan
- Langkah 3- Setelah jadual atau pertanyaan dipilih, tetingkap Available Field menunjukkan semua medan yang ada di dalam jadual. Klik ikon >> untuk memilih semua medan
- Langkah 4- Medan yang dipilih akan muncul dalam tetingkap Selected Fields. Klik Next
- Langkah 5- Pengguna boleh klik ikon > atau < untuk menentukan susunan medan yang dipaparkan dalam laporan. Klik Next
- Langkah 6- Pengguna boleh memilih medan untuk tujuan isihan dan klik Ascending atau Descending untuk menentukan isihan secara menaik atau menurun. Klik Next
- Langkah 7- Seterusnya, pilih cara susun atur (Layout) dan orientasi (Orientation) untuk menetapkan format laporan anda. Klik Next
- Langkah 8- Masukkan nama laporan. Klik Finish
- laporan yang dijana boleh dipaparkan dalam susun atur (layout) yang berbeza, iaitu Stepped Layout, Block Layout dan Outline Layout
|