|
3.1 |
Persekitaran Kod Arahan |
|
|
Kod Arahan |
Satu arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. |
|
|
Contoh Bahasa Pengaturcaraan Komputer |
|
|
|
Persekitaran Kod Arahan |
Persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan. |
|
|
Contoh Keperluan kepada Kod Arahan |
- Perisian aplikasi bahasa pengaturcaraan.
- Perkakasan komputer.
- Sambungan internet.
- Pelayar web.
|
|
|
Penterjemah Bahasa Pengaturcaraan |
- Penghimpun (assembly):
- Contoh bahasa pengimpun ialah Basic Assembly Language yang digunakan oleh sistem IBM.
- Pengkompil (compiler):
- Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C, C++, Java dan Pascal.
- Pentafsir (interpreter):
- Contoh bahasa pengaturcaraan: Python, PHP, Perl dan Ruby.
|
|
|
Pemboleh Ubah |
Ruang simpanan data supaya komputer dapat memproses data yang dimasukkan oleh pengguna. |
|
|
3.1.1 Jenis Data dalam Segmen Kod |
- Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai satu senarai jenis data.
- Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu pemboleh ubah untuk membenarkan atur cara mengenal pasti kegunaan pemboleh ubah tersebut dan membolehkan pemboleh ubah tersebut disimpan dalam storan ingatan dengan berkesan.
- Jenis-jenis data antaranya ialah:
- Integer.
- Double.
- Boolean.
- Char.
- String.
- Jenis-jenis data ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian utama, iaitu:
- Nilai nombor:
- Nilai nombor atau nilai berangka terdiri daripada nombor bulat dan nombor perpuluhan.
- Nilai teks:
- Nilai teks adalah seperti satu aksara dan satu rentetan aksara.
- Nilai logik.
- Nilai logik mempunyai dua keadaan sahaja, iaitu “Benar” dan “Palsu”.
|
- Nombor yang tidak mengandungi bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan.
- Terdiri daripada nombor negatif, sifar dan nombor positif.
- Pengisytiharan dalam Python adalah
>>> a = int nombor.
|
- Sejenis data yang mengandungi bahagian pecahan atau nombor perpuluhan.
- Boleh terdiri dari nombor negatif dan nombor positif dalam bentuk nombor perpuluhan atau pecahan.
- Python tidak mempunyai double, diganti dengan float.
- 64 bit diperuntukkan untuk jenis data double.
|
- Jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character) yang terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol.
- Python tidak mempunyai Char, diganti dengan String.
|
- Satu perkataan yang dibina daripada aksara.
- Fungsi yang memanipulasi nilai string dan tujuannya adalah seperti yang berikut:
Fungsi |
Tujuan |
Tanda [ ] atau [ : ] |
Mencapai satu aksara atau lebih dalam string. |
len ( ) |
Menghitung bilangan aksara dalam string. |
Simbol + |
Menggabungkan dua string tanpa ruang kosong. |
Simbol , |
Menggabungkan dua string dengan satu ruang kosong. |
Simbol * |
Mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan. |
Join ( ) |
Menambah aksara diantara setiap aksara. |
|
- Mempunyai dua nilai iaitu benar dan palsu yang digelar nilai logik.
- Nilai 0 untuk palsu, 1 untuk benar.
- Digunakan dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan.
- Menggunakan operator perbandingan iaitu >, <, >=, <=.
|
|
|
3.1.2 Perbezaan antara Pemboleh Ubah dan Pemalar dalam Segmen Kod |
- Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara untuk mewakili data yang dimasukkan oleh pengguna.
- Semasa pengisytiharan pemboleh ubah, ruang ingatan dalam komputer ditempah berdasarkan jenis data yang diberi kepada pemboleh ubah.
- Contoh pengisytiharan pemboleh ubah:
subjek = str ("sains komputer")
- Syarat untuk mengisytiharkan pemboleh ubah:
- Nama pemboleh ubah hanya boleh mengandungi aksara dan digit.
- Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai yang dipegang.
- Nama pemboleh ubah tidak boleh bermula dengan nombor.
- Nama pemboleh ubah tidak boleh ada ruang kosong.
- Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah dan boleh menyimpan sesuatu nilai dengan tetap dalam ingatan komputer.
- Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara.
- Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar:
Ciri-ciri |
Pemboleh Ubah |
Pemalar |
Perubahan nilai |
Mempunyai nilai yang boleh berubah-ubah |
Mempunyai nilai yang tetap dan tidak berubah |
Nilai yang perlu diingat |
Mempunyai nilai yang boleh berubah-ubah |
Pengaturcara tidak perlu untuk mengingat label dan nilai yang digunakan |
Standard penggunaan nilai |
Tiada nilai standard |
Nilai yang standard |
|
|
|
3.1.3 (i) Menghasilkan Segmen Kod menggunakan Fungsi Input dan Fungsi Output |
|
- Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer yang dihasilkan melalui segmen kod atau data yang dimasukkan oleh pengguna.
- C++ sintaks umumnya : cout<<.
- C sintaks umumnya : printf( ).
- Java sintaks umumnya : system.out.
- Python sintaks umumnya : print ( ).
|
- Kejadian ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan segmen kod terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga.
- Mesej ralat akan dipaparkan apabila ralat masa larian ditemui.
- Pernyataan-pernyataan berikut merupakan contoh kesilapan umum yang menyebabkan kejadian ralat masa larian.
- Pembahagian dengan sifar.
- Melaksanakan operasi untuk dua pemboleh ubah yang berlainan jenis data.
- Menggunakan pemboleh ubah, fungsi, modul atau objek yang belum ditakrifkan.
- Mengakses nilai pustaka atau objek atribut yang tidak wujud.
- Mengakses fail yang tidak wujud.
|
|
|
3.1.3 (ii) Kegunaan Operator Perbandingan |
- Digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator.
- Hasil kepada perbandingan ini adalah nilai logik benar atau palsu.
|
|
|
Operator Perbandingan |
Operator |
Maksud |
\(==\) |
Sama dengan. Contoh \(a==b\). |
\(!=\) |
Tidak sama dengan. Contoh \(a!=b\). |
\(\gt\) |
Lebih besar daripada. Contoh \(a\gt b\). |
\(\lt\) |
Lebih kecil daripada. Contoh \(a\lt b\). |
\(\gt=\) |
Lebih besar atau sama dengan. Contoh \(a\gt=b\). |
\(\lt=\) |
Lebih kecil atau sama dengan. Contoh \(a\lt=b\). |
|
|
3.1.3 (iii) Operator Logik |
- Kegunaan operator logik:
- Digunakan dalam suatu ungkapan algebra ringkas untuk mendapatkan nilai boolean, iaitu benar atau palsu.
- Dalam pengaturcaraan, segmen kod yang mengandungi ungkapan algebra bersama operator logik penting supaya atur cara dapat melakukan perbandingan yang mudah terutamanya sebagai pernyataan bersyarat dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan.
|
|
|
Operator Logik, Penerangan dan Contoh |
Operator Logik |
Penerangan |
Contoh (operan a = benar, operan b = palsu) |
AND (DAN) |
Keadaan menjadi benar jika kedua-dua nilai operan adalah benar. |
(a AND b) adalah palsu. |
OR (ATAU) |
Keadaan menjadi benar jika salah satu nilai operan adalah benar. |
(a OR b) adalah benar. |
NOT (TAK) |
Menyongsangkan seluruh keadaan logik operan. |
NOT (a AND b) adalah benar. |
|
|
Operator Tambahan Operasi Matematik dalam Kod Atur Cara |
Operator |
Nama |
Penerangan |
% |
Modulus |
Operan kiri dibahagikan dengan operan kanan. Baki pembahagian dipaparkan. |
** |
Eksponen |
Operan kiri dikuasakan mengikut nilai operan kanan. |
// |
Floor division |
Operan kiri dibahagikan dengan operan kanan. Hasil pembahagian tanpa nilai baki dipaparkan. |
|
|
3.1.4 Mengesan dan Membaiki Ralat pada Segmen Kod dalam Penyelesaian Masalah |
- Kesilapan atau kesalahan dalam proses pembangunan atur cara.
- Terdapat tiga jenis ralat, iaitu ralat sintaks, ralat masa larian dan ralat logik.
|
- Ralat sintaks lazimnya berlaku disebabkan oleh kesilapan dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan.
- Antara ralat sintaks adalah seperti berikut:
- Ejaan sintaks tidak betul.
- Penggunaan simbol dan tatatanda yang salah.
- Meletakkan sintaks pada tempat yang salah.
- Penggunaan inden yang salah.
- Bagi membuat penyemakan ralat sintaks, teknik langkah demi langkah boleh digunakan untuk mengesan dan membaiki ralat.
|
- Kejadian ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan segmen kod terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga.
- Mesej ralat akan dipaparkan apabila ralat masa larian ditemui.
- Pernyataan-pernyataan berikut merupakan contoh kesilapan umum yang menyebabkan kejadian ralat masa larian.
- Pembahagian dengan sifar.
- Melaksanakan operasi untuk dua pemboleh ubah yang berlainan jenis data.
- Menggunakan pemboleh ubah, fungsi, modul atau objek yang belum ditakrifkan.
- Mengakses nilai pustaka atau objek atribut yang tidak wujud.
- Mengakses fail yang tidak wujud.
|
- Ralat logik tidak akan mengganggu pelaksanaan segmen kod yang dibangunkan, maka tiada paparan mesej ralat.
- Lazimnya ralat logik disebabkan oleh kecuaian pengatur cara.
- Pernyataan-pernyataan berikut ialah contoh kesilapan umum yang membawa kepada ralat logik.
- Pemanggilan pemboleh ubah yang salah.
- Penggunaan nombor bulat atau nombor perpuluhan yang tidak betul atau bukan di tempat yang sepatutnya.
- Penggunaan operator pengendali yang salah.
- Kesilapan dalam ungkapan boolean.
- Penggunaan ruang jarak yang salah.
|
|
|
3.1.5 Menggunakan Gabungan Jenis Data, Pemboleh Ubah, Pemalar dan Operator untuk Menyelesaikan Masalah |
- Kebanyakan aplikasi yang sedia ada menggunakan gabungan daripada beberapa jenis data yang berlainan.
- Ini bermaksud segmen-segmen kod yang dibangunkan terdiri daripada pelbagai jenis data.
- Gabungan beberapa jenis data diperlukan mengikut keperluan dan kegunaan aplikasi yang ingin dibangunkan.
- Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis data yang digunakan dalam pembangunan aplikasi yang bermula daripada segmen kod.
Contoh Aplikasi |
Penggunaan Jenis Data |
Contoh Penggunaan Jenis Data |
Permainan perlumbaan kereta |
Integer |
Kedudukan pemenang |
Double atau float |
Perkiraan masa |
Pemboleh ubah |
Nama pemain |
Simulasi fesyen pakaian |
Double atau float |
Ukuran badan atau baju |
Pemalar |
Ukuran aksesori fesyen |
Pemboleh ubah |
Nama pakaian |
E-mel |
Integer |
Umur |
Pemboleh ubah |
Nama |
|
|