Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional di negara kita. Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk bagi menyatupadukan rakyat, melahirkan tenaga kerja mahir pelbagai kaum, serta memenuhi keperluan negara dalam bidang kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.
Urutan laporan, kajian dan perundangan pendidikan yang membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Integrasi Nasional menjadi matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini dibentuk untuk menyatupadukan rakyat, menyediakan tenaga kerja mahir daripada pelbagai kaum, serta mengadakan sistem pendidikan yang memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.
Dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib. Laporan ini menyemak semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, serta menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961.
Aminuddin Baki merupakan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang paling muda, iaitu pada usia 36 tahun. Beliau memainkan peranan menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Ditubuhkan pada September 1974 dan diumumkan oleh Menteri Pelajaran pada tahun 1979. Laporan ini mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan dan memperkukuh perpaduan melalui tiga kandungan penting.
KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 untuk menguasai dan menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan alat perpaduan, serta menguasai tiga bidang asas: komunikasi, kemanusiaan dan alam sekitar, dan perkembangan diri individu.
KBSM dilaksanakan di sekolah mulai tahun 1989 berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan matlamat melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bersatu padu.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988 sebagai Falsafah Pendidikan Negara, kemudian ditukar nama pada tahun 1996. Ia menekankan pendidikan menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Akta Pendidikan 1996 memperkukuh kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, mewajibkan bahasa Melayu diajarkan di semua sekolah, dan menghendaki institusi pendidikan swasta mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia serta Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.
Baca soalan, jawab dalam hati, kemudian tekan “Semak Jawapan”.
Apakah dua mata pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Rahman Talib 1960 untuk memupuk perpaduan dan semangat kekitaan?
Nyatakan tiga syor penting yang terkandung dalam Kajian Aminuddin Baki.
Bagaimanakah Akta Pendidikan 1996 mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu dan nilai perpaduan di institusi pendidikan swasta?
Kurikulum sekolah aneka jurusan diperkenalkan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan melalui Kajian Aminuddin Baki bagi menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya memfokuskan kecemerlangan intelek semata-mata.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan menyeluruh dan seimbang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
1 Apakah matlamat utama pengenalan mata pelajaran Tatarakyat dalam Laporan Rahman Talib 1960?
2 Antara berikut, yang manakah merupakan kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dalam memperkukuh perpaduan?
3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pendidikan menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan .
4 Kajian Aminuddin Baki memperkenalkan sistem persekolahan jurusan bagi menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Padankan laporan atau dasar pendidikan berikut dengan sumbangan atau peranannya yang tepat. Jika menggunakan telefon, tekan pilihan jawapan dahulu, kemudian tekan kotak padanan.
There is something wrong with this question.