Tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah hubungan antara kaum di Malaysia. Rusuhan ini tercetus beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum Ketiga 1969 akibat ketegangan antara penyokong parti politik yang memprovokasikan keadaan, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Bagi memulihkan ketenteraman awam dan membina semula keharmonian, pelbagai langkah segera telah diambil merangkumi pengisytiharan darurat, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), serta peranan Raja-raja Melayu.
Tiga langkah utama kerajaan dalam mengawal dan mengatasi rusuhan kaum.
Berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum Ketiga. Ketegangan berpunca daripada keputusan pilihan raya yang mencetuskan provokasi antara penyokong parti politik. Rusuhan tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.
Kesan ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial di negara kita. Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969 merupakan sebab utama; ketegangan bermula semasa kempen pilihan raya di mana terdapat parti politik mengeksploitasi isu sensitiviti kaum.
Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan semasa pilihan raya untuk mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum. Parti yang bertanding berkempen menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan untuk mendapatkan sokongan pengundi. Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal menimbulkan kekacauan dan perbuatan provokatif.
Langkah serta-merta diambil untuk mengelakkan kekacauan, menghentikan rusuhan dan menghalangnya merebak ke bandar-bandar lain. Antaranya ialah Darurat, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), dan peranan Raja-raja Melayu.
Baca soalan, jawab dalam hati, kemudian tekan “Semak Jawapan”.
Apakah faktor utama yang mencetuskan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
Siapakah tokoh yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)?
Nyatakan dua tempat yang dijadikan pusat perlindungan semasa berlakunya rusuhan kaum.
MAGERAN memerintah negara selama-lamanya menggantikan Parlimen.
MAGERAN diberi kuasa memerintah hanya semasa tempoh darurat bermula dari 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971 sahaja sebelum sistem berparlimen dipulihkan semula.
Akta Hasutan 1948 mula dicipta oleh MAGERAN pada tahun 1969.
Akta Hasutan telah sedia ada sejak tahun 1948; MAGERAN bertindak menguatkuasakan akta tersebut bagi mengekang isu sensitif dan memulihkan ketenteraman.
1 Siapakah yang mempengerusikan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada Mei 1969?
2 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan yang diambil semasa perintah darurat diisytiharkan pada 16 Mei 1969?
3 Dua fokus utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan antara kaum.
4 Sultan Perak yang menasihati rakyat agar menjaga keamanan serta menyokong penubuhan Jawatankuasa Muhibah ialah Sultan Idris Iskandar .
Seret pilihan jawapan ke tempat yang betul. Jika menggunakan telefon, tekan pilihan jawapan dahulu, kemudian tekan kotak padanan.
There is something wrong with this question.